Istana Budaya bakal digegarkan dengan Konsert Awie & Ella pada 12hb – 15hb Januari 2012

Istana Budaya bakal digegarkan dengan Konsert Awie dan Ella “Raja & Ratu Rock Malaysia” iaitu dari 12 -15 Januari 2012.Pada konsert kali ini,hanya 6 persembahan akan diadakan.Ia dibawa khas oleh Tall Order Production di bawah naungan Hans Isaac.Sebanyak 21 buah lagu akan didendangkan selama 1 jam 45 minit oleh Awie dan Ella iaitu 7 buah lagu dari Awie,7 buah lagu juga dari Ella serta 7 buah lagu lagi ialah duet dan medley dari Awie dan Ella.

Susunan muzik untuk konsert akan diarahkan oleh pemuzik terkenal iaitu Edrie Hashim.Pemuzik-pemuzik terkenal yang akan mengiringi Edrie adalah Ujang Exist (drums), Ujang (gitaris) , Fly (bass) , Amir Feerza (percussion) , Kudin (keyboard) ย dan Jason Voo (keyboard). Rekaan pentas pula adalah dari idea Raja Malek dan Jia-Wei Loo.

Tiket-tiket oleh didapati di Istana Budaya dan di www.ticket2u.biz atau ditalian 03-4147 8600 dengan berharga RM43,RM83,RM143,RM213,RM303 dan RM403.

 

Check Also

Artis terkenal <NIGHT DANCER> imase akan datang ke Kuala Lumpur Untuk 1st Asia Tour “Shiki”

โ€œ๐˜‹๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฐ ๐˜ช๐˜ช ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฐโ€, anda pasti pernah mendengar lagu ini! Lagu popular …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *