Friday , March 5 2021

Istana Budaya digegarkan dengan Konsert Awie & Ella…

Pentas Istana Budaya digegarkan dengan kehadiran lebih dari 1500 orang penonton pada hari pertama Konsert Awie dan Ella. Persembahan Raja dan Ratu Rock pada malam ini memang mengagumkan semua penonton yang hadir. Pada pembukaan konsert ini dimulai dengan lagu 1570 nyanyian Awie dan diakhiri oleh lagu Terima Kasih oleh Awie dan Ella.

Hampir 30 buah lagu dinyanyikan oleh Raja dan Ratu Rock ini dengan 14 buah lagu daripadanya ialah medley. Kesemua lagu-lagu tersebut adalah dari album-album mereka yang terdahulu serta yang terbaru.Antara lagu-lagu yang dinyanyikan adalah Baldu Biru,Layar Impian,Tragedi Oktober,Ukiran Jiwa,Sembilu, Ratuku dan banyak lagi.Susunan muzik yang bagus dari Edrie Hashim serta rekabentuk pentas yang menarik dari Raja Malek dan Jia-Wei Loo membuatkan konsert ini lain dari yang lain.

Pada anda semua yang masih belum membeli tiket, silalah beli kerana konsert ini menjanjikan satu kelainan dari segi persembahan,susunan muzik serta rekabentuk pentas.Tiket-tiket masih boleh didapati di Istana Budaya dan di www.ticket2u.biz atau ditalian 03-4147 8600 dengan berharga RM43,RM83,RM143,RM213,RM303 dan RM403.

[nggallery id=34]

 

 

Check Also

“Lipsmate keluaran UFORA rasa seperti tidak memakai lipstik” – Kilafairy

Satu lagi catatan sejarah terpahat dalam karier penyanyi dan pelakon Kilafairy apabila menjalinkan kerjasama dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!