Izwan Pilus Meninggal Dunia..Al-Fatihah..

Penyanyi Izwan Pilus telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pukul 6.20 petang tadi di Hospital Ampang. Maklumat ini telah disahkan oleh adik beliau iaitu Aril sebentar tadi menerusi laman web twitter.Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Penyanyi yang popular dengan lagu “Kembali Senyum” dan “Indah Lelapku” ini dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Melaka.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

 

Check Also

ATARASHII GAKKO! Umum Konsert Jelajah UK/EU Dan Asia Part I

ATARASHII GAKKO!, kumpulan vokal dan tarian berpusat di Jepun, akan menggegarkan dunia dengan pengumuman lawatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *