Jabra Speak 710 Lebih Imersif & Prestasi Audio Terbaik

Peneraju dalam dunia pembangunan produk audio dan komunikasi terkemuka, Jabra hari ini memperkenalkan produk baharu, Jabra Speak 710. Fon pembesar suara premium dan mudah alih ini direka khas untuk kegunaan profesional dan peribadi, sekali gus menjanjikan kualiti audio terbaik ketika bersidang atau menikmati muzik.

Jabra Speak 710 merupakan peranti untuk persidangan peribadi dan profesional pertama seumpamanya bagi pihak pengurusan syarikat dan golongan eksekutif bertaraf C. Menariknya, produk ini hadir dengan mikrofon berarah Omni yang boleh menampung kegunaan sehingga enam pengguna sebilik, bateri yang boleh bertahan selama 15 jam dan rasailah pengalaman Komunikasi Bersepadu terbaik. Selain itu, pembesar suaranya yang bergred HiFi juga menjanjikan kualiti muzik dan perbualan sejelas kristal.

Lebih hebat berbanding produk sebelum ini, siri Jabra Speak 710 ini hadir dalam reka bentuk bersaiz kompak dan kecil serta dilengkapi penegak boleh lipat bersepadu untuk kadar fleksibililiti tambahan. Dengan bantuan Bluetooth, sambungan boleh dibuat sekelip mata pada komputer riba pintar. Sambungan pada komputer peribadi juga boleh dilakukan dengan USB atau anak kunci yang disertakan. Sebaik disambung, pengguna mempunyai jarak liputan wayarles sejauh 30 meter bagi komputer riba atau 10 meter untuk telefon pintar.

Jabra Speak 710 direka khusus berdasarkan kejayaan luar biasa jualan produk siri Speak yang melebihi sejuta unit di serata dunia. Produk terkini ini menjanjikan prestasi audio yang dua kali ganda sehebat peneraju pasaran Jabra, Jabra Speak 510. Hadir dengan satu fungsi pintar luar biasa, Jabra Speak 710 membolehkan dua unit disambung secara wayarles melalui satu sentuhan jari. Padankan dua peranti untuk menikmati prestasi audio imersif atau memperluaskan liputan di dalam bilik bagi menampung enam hingga 12 orang pengguna.

Sesuai untuk semua jenis gajet pintar, Jabra Speak 710 yang mudah digunakan ini dilengkapi fungsi pasang dan main serta menjanjikan pengalaman fon pembesar suara dengan prestasi audio premium baik bagi kegunaan di pejabat mahupun di bilik persidangan kecil. Penukaran antara panggilan dan muzik boleh dibuat dengan mudah, sekali gus menjadikan Jabra Speak 710 sebuah fon pembesar suara yang hebat! Hanya sambungkan pada perkhidmatan penstriman muzik atau pustaka muzik pada peranti mudah alih.

Spesifikasi & Ciri-Ciri Produk

  • Fon pembesar suara direka khas untuk audio, muzik dan multimedia
  • Mikrofon berarah Omni untuk prestasi audio 3600
  • Kualiti audio bergred HiFi
  • Bateri bertahan sehingga 15 jam
  • Liputan dalam bilik untuk kegunaan maksimum 6 pengguna
  • Sambungan dalam sekelip mata: USB, Wayarles (Bluetooth® atau dengan anak kunci PC)
  • Jarak wayarles sejauh 30 meter (komputer peribadi) dan 10 meter untuk telefon pintar
  • Fungsi pasang & main dengan kawalan intuitif panggilan pada peranti
  • Pilihan sambungan secara wayarles dengan unit tambahan untuk pengalaman stereo menyeluruh atau memperluaskan ruang persidangan sehingga 12 pengguna
  • Interaksi bijak dengan Pembantu Digital Peribadi – Hanya dengan satu sentuhan butang Smart untuk mengaktifkan MS Cortana, Siri atau Google Now
  • Sesuai untuk semua platform UC terkemuka – Diperakui untuk Avaya, Cisco dan Skype for Business dan sebagainya

Penyelenggaraan dalam talian dan sokongan sambungan mantap Kesington pilihan

Jabra Speak 710 kini boleh didapati di pasaran pada harga RM1,750 (tidak termasuk GST).Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.apac.jabra.com/speak710

Check Also

AirAsia bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia

AirAsia Malaysia (AK) bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *