‘Janji Shirah’ Mula Bersiaran Pada 13 Januari 2013

Saksikan kisah selanjutnya dalam ‘Janji Shirah’ yang akan mula bersiaran pada 13 Januari, setiap hari Ahad jam 9.00 malam selama 2 jam.Antara pelakon-pelakon yang bakal membintangi drama ini adalah Nabila Huda (Shirah), Iqram Dinzly (Fahmi), Airiel Zafril (Luqman), Ako Mustapha (Dr. Amir), Fauzi Nawawi (Zali), Zarina Zainordin (Mira), Arfah Damanhuri (Mak Jenah), Zarina Zainudin (Alina), Sherry Merlis (Arfah), Airis Yasmin (Nurin), Ika Nabila (Tintin), Hairi Safwan (Azri), Watie Sadali (Raini), Wan Raja (Redzuan).Ia adalah terbitan Primeworks Studios dan diarahkan oleh Along Kamaruddin.

Sinopsis

Shirah merupakan seorang penuntut kolej di tahun akhir dalam jurusan perhubungan awam. Dia sentiasa ceria dengan hidupnya walaupun bukan berasal dari keluarga yang berada. Shirah mempunyai seorang teman lelaki, Luqman yang menuntut dalam jurusan kejuruteraaan. Shirah sangat rapat dengan Mira. Dalam diam, Mira menyimpan perasaan terhadap Luqman dan sudah nekad untuk mendapatkan Luqman dengan caranya tersendiri.

Kakak Shirah, Arfah terpaksa bekerja keras demi menyara anak-anaknya, Balqish, Afiq dan Liana kerana sikap suaminya, Zali yang lebih mengutamakan madunya, Nurin yang berasal dari keluarga kaya. Arfah berpesan kepada Shirah supaya menjaga anak-anaknya dan jangan memisahkan mereka bertiga sekiranya ada apa-apa yang terjadi pada dirinya kelak. Namun, Shirah hanya menganggap Arfah bergurau kerana menganggap dirinya masih muda untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Selepas Arfah meninggal dunia akibat barah otak, Shirah dibebani dengan tanggungjawab untuk menjaga anak-anak saudaranya. Oleh kerana janjinya kepada Arfah dan juga sikap lepas tangan Zali yang enggan bertanggungjawab, Shirah terpaksa mencari kekuatan untuk menyara hidup 3 adik beradik itu walaupun masih belum habis belajar.Mira berpura-pura simpati dengan Shirah dan mencari peluang untuk merosakkan hubungan Shirah dan Luqman. Keluarga Shirah pula, Mak Jenah (ibu Shirah), Redzuan (abang Shirah) dan Alina (kakak Shirah) masing-masing mempunyai kesulitan dan alasan sendiri untuk tidak menjaga Balqish, Afiq dan Liana.

Dr. Amir yang merawat Arfah dahulu muncul menghulurkan bantuan. Shirah terharu dengan kebaikannya. Hubungan rapat Dr. Amir dan Shirah telah menimbulkan rasa cemburu di hati Luqman. Justeru, hubungan Shirah dan Luqman menjadi dingin.

Shirah terkejut dengan permintaan Rania untuk Shirah berkahwin dengan suaminya, Dr. Amir demi menyelamatkan perkahwinan mereka yang tidak dikurniakan cahaya mata. Shirah berada dalam dilema. Apakah ini jalan penyelesaian kepada kemelut yang dihadapi oleh Shirah? Adakah keputusan Shirah untuk berkahwin dengan Dr. Amir dapat menjaga kebajikan anak-anak saudaranya? Bagaimana pula dengan Luqman?

*credit photo ~ Portal GUA

Check Also

Artis terkenal <NIGHT DANCER> imase akan datang ke Kuala Lumpur Untuk 1st Asia Tour “Shiki”

“𝘋𝘰𝘶 𝘥𝘦𝘮𝘰 𝘪𝘪 𝘺𝘰𝘶 𝘯𝘢 𝘺𝘰𝘳𝘶 𝘥𝘢𝘬𝘦𝘥𝘰”, anda pasti pernah mendengar lagu ini! Lagu popular …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *