Jovian Mandagie Bakal Akhiri Zaman Bujang 11 Disember 2013

GRP_2406

Selepas lima bulan membuat persiapan perkahwinan, akhirnya pereka berusia 27 tahun ini mengumumkan bakal menikahi kekasih hatinya yang juga anak kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia itu, di Muzium Diraja Istana Negara lama, Jalan Istana pada 11 Disember 2013, jam 3 petang.

“Selepas perkenalan selama hampir dua tahun, akhirnya kami membuat keputusan untuk berkahwin pada 11.12.2013. Majlis kami bertemakan Tradisional Melayu dan Jawa. Nina berketurunan Melayu dan saya berdarah campuran Jawa”, kata Jovian Mandagie sambil Nina di sisinya.

GRP_2413

Majlis resepsi di sebelah pihak perempuan khas untuk para tetamu VIP yang bertemakan Melayu-Tradisional akan diadakan pada 14 Disember 2013 bertempat di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Sementara majlis resepsi kedua pula yang bertemakan Jawa akan diadakan pada 15 Disember 2013, juga di hotel yang sama.

Memandangkan bapa Nina yang juga merupakan ahli Parlimen Bera, satu majlis khas iaitu majlis makan bersama penduduk di Bera akan diadakan pada 21 Disember 2013.Selain itu satu majlis ada minum teh akan diadakan sebagai tradisi sebelah pihak lelaki memandang Jovian mempunyai nenek berketurunan Cina.

RAN_1744

Lebih istimewa, dua hari sebelum bernikah majlis bersiram bagi kedua-dua bakal pengantin akan di adakan secara berasingan di rumah keluarga masing-masing.Pada majlis bahagia mereka itu nanti Nina akan memakai sebanyak empat persalinan rekaan eksklusif Jovian sendiri.

Pasangan bakal pengantin ini akan bertukar sebanyak 11 berbalas 13 dulang hantaran. Jovian akan menghadiakan seutas gelas emas kepada Nina sebagai mas kahwin.

Selepas majlis resepsi, pasangan ini merancang untuk berbulan madu di Turki, Itali dan di Rom.

Check Also

CSA Academy Lantik Ziana Zain Sebagai Duta Rasmi Kerana Kredibiliti, Integriti & Semangat Juang

Meyakini kredibiliti dan integriti seorang Ziana Zain yang sudah mencetak sejarah dalam dunia hiburan tempatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *