Kembara Lebih Jauh Dengan AirAsiaGo.com

AirAsiaGo.com, portal pelancongan pilihan utama Malaysia, mengumumkan pengenalan ciri-ciri terbaharu iaitu pilihan destinasi pelancongan mesra-Muslim, sempena Ulang Tahunnya yang ke-10. Dalam satu acara media yang diadakan di Kuala Lumpur, AirAsiaGo.com turut mengumumkan pemenang-pemenang pertandingan ‘AirAsiaGo’s 10th Anniversary Special’, yang menawarkan hadiah berjumlah RM245,888.00. Hadiah utama merupakan sebuah kereta Mini Cooper edisi terhad berwarna jingga AirAsiaGo.com dan 10 hadiah saguhati yang berupa pakej pelancongan ke destinasi-destinasi eksotik seperti Maldives, Perth Kaohsiung, Xi’An dan banyak lagi.

Memperkenalkan Ciri-ciri Mesra-Muslim

AirAsiaGo.com berazam untuk menawarkan pengalaman yang lebih baik dan pengembaraan yang menakjubkan kepada para penggunanya, dengan menyediakan pakej pelancongan yang serba lengkap dan harga yang berpatutan untuk semua. Bagi rakan-rakan Muslim, portal pelancongan berkenaan dengan sukacitanya memperkenalkan penambahan ciri-ciri ‘Mesra-Muslim’ terbaharu dalam laman web jualan Malaysia, yang mengesyorkan dan menawarkan pelbagai pilihan penginapan mesra-Muslim, pakej pelancongan termasuk penerbangan dan hotel.

Demikian juga dengan negara Jepun yang menduduki tangga ke-6 di indeks pasaran destinasi pelancongan Halal dalam kalangan negara bukan OIC. Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun, Chiemi Maruyama berkata, “Dengan pertambahan jumlah pelancong Muslim melawat Jepun, kami telah memperkenalkan laman sesawang Panduan Muslim Jepun (http://muslim-guide.jp/) bagi memberi maklumat tentang penginapan, restoran dan masjid kepada pelancong Muslim yang merancang untuk pergi ke Jepun.”

“Dalam usaha mempromosikan destinasi pelancongan di Asia Utara kepada pelancong Muslim dari Malaysia, kami berasa amat terharu dengan sokongan dan pengiktirafan yang diterima daripada rakan-rakan pelancongan kami di rantau tersebut. Kami terus berazam untuk bekerjasama bagi menyediakan pengalaman pelancongan yang lebih baik dan bermakna kepada pelancong Muslim dan bukan Muslim,” kata Darren.

Dalam tempoh enam bulan akan datang, AirAsiaGo.com juga akan menambah jumlah pakej perjalanannya ke negara-negara seperti Indonesia, Indochina, dan Australia, selain daripada promosi sedia ada ke negara Asia Utara seperti China, Jepun Korea dan Taiwan.

Darren menambah, “Merupakan benua yang terbesar di dunia, Asia menjadi tuan rumah kepada pelbagai lokasi dan mercu tanda yang mengagumkan serta kaya dengan sejarah dan kebudayaan. Dengan azam untuk memberikan pelancong kami akses kepada pengalaman pelancongan yang terbaik, kami akan memperkenalkan lebih banyak lagi promosi yang menakjubkan di Asia Utara, Indochina dan Australia, kerana kami percaya masih terdapat banyak lagi destinasi pelancongan yang mengagumkan dalam rantau ini untuk ditemui dan dijelajahi. “

Ciri Pembayaran bagi Memudahkan Perjalanan

Bagi meningkatkan lagi pengalaman pengguna, AirAsiaGo.com kini menawarkan Perbankan Peribadi Dalam Talian sebagai salah satu pilihan mudah untuk para pelancong membuat tempahan hotel mereka menerusi laman web jualannya di Malaysia.

Promosi Ramadan dan Tawaran Eksklusif- Mudah Alih

AirAsiaGo.com turut menawarkan pelbagai tawaran eksklusif untuk hotel di seluruh negara sempena menyambut kehadiran bulan Ramadan yang mulia. Para pelancong boleh menikmati diskaun sehingga 45 peratus ke atas untuk tempahan hotel dan penerbangan beserta hotel, diskaun ke atas makanan dan minuman di hotel, serta pilihan untuk daftar keluar awal atau lewat secara percuma. Tempoh untuk membuat tempahan bagi promosi ini bermula dari 22 Mei 2017 hingga 11 Jun 2017, dengan tempoh perjalanan bermula dari 23 Mei 2017 hingga 31 Julai 2017.

Sejak sedekad yang lalu, AirAsiaGo.com telah menjadi pilihan terunggul bagi merancang percutian yang berpatutan dan menyenangkan. Selain tawaran pelancongan Ramadan, AirAsiaGo.com turut mengumumkan tawaran eksklusif-mudah alih ‘Mid-Month Madness’. Tawaran ini membolehkan pengguna aplikasi peranti mudah-alih menikmati diskaun tambahan sebanyak 10 peratus atas tawaran eksklusif harian aplikasi peranti mudah-alih. Ini bermakna pengguna aplikasi mudah alih AirAsiaGo.com boleh menikmati diskaun sehingga 75 peratus atas tempahan hotel sahaja. Kod promosi boleh didapati dalam laman Facebook rasmi AirAsiaGo.com di www.facebook.com/AirAsiaGo.com.

Aplikasi mudah alih AirAsiaGo.com boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play. Sila kunjungi http://www.AirAsiaGo.com.my/app atau log masuk ke www.AirAsiaGo.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Untuk maklumat yang terkini, ikuti AirAsiaGo.com di Facebook, Twitter atau Instagram.

Check Also

AirAsia bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia

AirAsia Malaysia (AK) bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *