Kempen #BuildAmazingMY Menampilkan Dunia LEGO® yang Mengasyikkan di Pavilion KL

Cuti sekolah sudah pun bermula, dan LEGO® Malaysia kini membawa satu lagi aktiviti menarik dalam senarai aktiviti menyeronokkan yang boleh mengisi masa lapang kanak-kanak Malaysia. LEGO® Malaysia, blok binaan yang mencetus daya imaginasi dan kreativiti, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi kempen #BuildAmazingMY. Kempen ini membawakan pelbagai aktiviti membina yang menyeronokkan menerusi acara Cities of Wonder di Pavilion KL seperti peraduan online, dan binaan mini Kebudayaan Malaysia Edisi Terhad yang mencatatkan mercu jaya sulung dalam sejarah jenama LEGO®.

“Sejak dari mula lagi, para pengasas LEGO®’ telah menetapkan wawasan jelas untuk membina sesuatu yang mendorong kreativiti generasi. Kami memahami peranan kami dengan baik –  matlamat kami adalah untuk menggalakkan kanak-kanak bermain menggunakan tangan mereka, dengan jenis permainan yang memupuk kreativiti minda.  Apa yang kami lakukan dengan #BuildAmazingMY adalah sesuatu yang sangat istimewa.  Kita tidak perlu memandang jauh untuk mendapatkan sumber inspirasi,” kata Jacob Leighton Rennison, Ketua Pemasaran, LEGO® Malaysia.

“Malaysia terkenal kerana keunikan dan kepelbagaian budayanya. Kempen kami memaparkan beberapa unsur unik menerusi binaan mini edisi terhad, dan dalam pada itu kami ingin rakyat Malaysia memberitahu kami apa yang istimewa buat mereka menerusi LEGO®. Paling penting, kami mahu orang ramai seronok memulakan pengembaraan kecil yang telah kami bina ini,” tambahnya.

Dengan matlamat memastikan kanak-kanak terus menggunakan daya kreativiti mereka sambil menikmati cuti sekolah ini, #BuildAmazingMY mencabar ibu bapa dan kanak-kanak untuk membina sesuatu yang luar biasa bersama, berilhamkan daya tarikan atau keajaiban yang wujud di bandar raya masing-masing. Kempen ini juga termasuk usaha membina bangunan mozek LEGO® secara beramai-ramai di Pavilion KL dengan matlamat mencatatkan rekod Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan bagi Pavilion KL, Dato’ Joyce Yap berkata, “Sebagai pusat belah-belah pemenang anugerah yang membawakan pengalaman bertaraf dunia secara konsisten kepada pembeli, kami berbangga untuk berganding bahu dengan LEGO® yang bertaraf antarabangsa untuk kempen musim cuti sekolah kali ini. LEGO® ialah jenama yang diminati oleh semua peringkat usia – dengan usaha sama ini, kami mengalu-alukan para peminat dan keluarga untuk mengunjungi pusat beli-belah ini bagi mencipta pengalaman indah dan berharga bersama kami.”

Peraduan Facebook My Own Creation

Kempen bermula dengan projek cuti sekolah yang paling sesuai untuk ibu bapa dan kanak-kanak. Peraduan My Own Creation LEGO® (Hasil Ciptaan Saya Sendiri) di Facebook diadakan dari hari Isnin, 22 Mei hingga 16 Jun dan bertujuan mencari binaan LEGO® paling kreatif yang memaparkan daya tarikan Malaysia paling dekat di hati pembinanya. Hadiah mingguan akan diumumkan di laman Facebook LEGO® Malaysia setiap Rabu, bermula pada 31 Mei dan berakhir pada 23 Jun. LEGO® akan menganjurkan majlis penyampaian hadiah utama di Pavilion KL pada hari Sabtu, 1 Julai. Para pemimpin kumpulan peminat paling tegar akan hadir untuk mengadili penyertaan. Untuk maklumat lanjut tentang peraduan My Own Creation, sila layari laman Facebook LEGO® Malaysia.

Acara Cities of Wonder di Pavilion KL

Sebagai sebahagian penting daripada kempen #BuildAmazingMY, acara Cities of Wonder (Bandar Raya Menarik) diadakan di Pavilion KL dari Khamis, 25 Mei hingga Ahad, 4 Jun. Berilhamkan LEGO® City dan LEGO® Friends, ruang acara direka seperti bandar LEGO® saiz sebenar. Selepas pendaftaran, kanak-kanak boleh meminjam sarung tangan luar biasa LEGO® untuk meneroka Cities of Wonder dalam bentuk figura mini LEGO®. Mereka akan menerima pasport Cities of Wonder untuk menyusuri denai aktiviti dan mengumpulkan pelekat sambil mereka menyelesaikan setiap cabaran. Hadiah menarik menanti yang berjaya mengumpulkan semua pelekat. Acara ini memaparkan laluan yang menempatkan empat stesen aktiviti LEGO®:

  • Emma’s Photo Studio – membina kamera dengan bata LEGO®
  • Stephanie’s Cupcake Kitchen – kanak-kanak perlu menghiasi kek cawan mereka hanya menggunakan bata LEGO® yang dicedok daripada baldi
  • Police Station – kanak-kanak perlu membina mozek LEGO® bagi penjahat yang mereka perlu tangkap
  • City Jungle – kanak-kanak boleh belajar tentang binatang dan alam sekitar di stesen ini kerana mereka perlu mencari 4 permata sebelum ditemukan oleh penjahat.

Selain daripada aktiviti ini, Cities of Wonder juga akan menyediakan ruang pameran memaparkan daya tarikan Malaysia yang diperbuat daripada LEGO® oleh kumpulan peminat LEGO® tempatan. Ruang pameran ini juga memaparkan binaan daripada pemenang minggu pertama peraduan Facebook My Own Creation.

Binaan Mini Kebudayaan Malaysia Edisi Terhad

Kemuncak kempen ialah pelancaran 4 Binaan Mini baru ciptaan LEGO® yang memaparkan tarikan budaya Malaysia iaitu: Bunga Raya, Kampung, Wau, dan Ketupat. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah LEGO® telah mencipta sesuatu yang khas untuk Malaysia. Dikeluarkan dalam jumlah terhad dan dilancarkan setiap Sabtu dari 27 Mei hingga 17 Jun, Binaan Mini ini hanya boleh didapati dengan pembelian minimum produk LEGO® bernilai RM300. Sementara itu, satu tawaran khas dibuat hanya di lokasi pelancaran setiap Blok Binaan Mini (maklumat lanjut disenaraikan di bawah), di mana seramai 150 peminat pertama boleh mendapatkannya dengan pembelian minimum RM200 produk LEGO® menerusi aktiviti eksklusif Bina dan Bawa Pulang. Selepas setiap Sabtu berkenaan, Binaan Mini ini kemudiannya boleh didapati di enam gedung (yang disenaraikan di bawah) selagi stok masih ada.

“Ini merupakan satu detik bersejarah bagi LEGO® kerana kami belum pernah mencipta sesuatu yang khas untuk Malaysia. Perkara ini memang jarang dibuat dalam sejarah LEGO® dan kami berbangga kerana LEGO® Malaysia telah berjaya melakukannya. Apa yang penting bagi kami ialah Binaan Mini ini memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus meneroka daya tarikan Malaysia menerusi LEGO®, dan anda boleh membina apa sahaja menggunakan bata mainan ikonik ini,” tambah Jacob.

Tarikh Pelancaran dan Lokasi Binaan Mini

Sabtu, 27 Mei – Bunga Raya          

Pelancaran: 12:00 tgh hari, Centre Court, Tingkat 2, Pavilion KL

Gedung lain yang turut serta: Gedung Toys ‘R’ Us di Mid Valley Megamall, Pavilion KL, 1 Utama, KLCC, 101 City Mall, Empire Subang

Sabtu, 3 Jun – Kampung    

Pelancaran: 10:00pg, Toys ‘R’ Us Mid Valley Megamall

Gedung lain yang turut serta: Centre Court, Tingkat 2, Pavilion KL; gedung Toys ‘R’ Us di 1 Utama, KLCC, 101 City Mall, Empire Subang

Sabtu, 10 Jun – Wau

Pelancaran: 10:00pg, Centre Court, Tingkat 2, Pavilion KL

Gedung lain yang turut-serta: Gedung Bertauliah LEGO® di Pavilion KL, The Curve, Bangsar Village, Setia City Mall, 101 City Mall, Empire Subang

Sabtu, 17 Jun – Ketupat     

Pelancaran: 10:00pg, Gedung Bertauliah LEGO®, The Curve

Gedung lain yan gturut serta: Gedung Bertauliah LEGO® di Pavilion KL, The Curve, Bangsar Village, Setia City Mall, 101 City Mall, Empire Subang

Binaan Mozek LEGO® Terbesar di Malaysia

Selepas berakhirnya tempoh acara rasmi bagi Cities of Wonder, LEGO® akan terus berada di Pavilion KL untuk acara membina Mozek LEGO® yang sangat besar. Sempena sambutan Hari Raya, LEGO® berganding bahu dengan Pavilion KL untuk menganjurkan sesi membina Mozek LEGO® terbesar di negara ini. Projek luar biasa ini akan dibina oleh peminat tegar daripada komuniti LEGO® sepanjang tempoh dua hujung minggu dengan matlamat mencatatkan rekod baru Malaysia bagi Mozek LEGO® terbesar di negara ini. Mozek ini akan dibina pada hujung minggu 9-11 Jun dan 16-18 Jun. Ikuti laman Facebook LEGO® Malaysia untuk butiran lanjut dan cara mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen LEGO®’s #BuildAmazingMY dan cara untuk mengambil bahagian, sila layari laman Facebook LEGO® Malaysia di, www.facebook.com/LEGOMalaysia.official dan semak hashtag #BuildAmazingMY #LEGOMY.

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *