Kempen Buka Semangat TV3 & Cola-Cola

 

[media-credit name=”Rommel Fuentebella, Tomok, Lam Swee Kim” align=”aligncenter” width=”600″][/media-credit] 

Dua jenama terkenal di Malaysia, TV3 & Coca-Cola, bertekad untuk menggegarkan belia Malaysia dan membangkitkan semangat mereka untuk mencapai kecemerlangan. Dengan pastinya, cara terbaik untuk berbuat begini ialah melalui muzik—salah satu saluran komunikasi utama remaja zaman kini.

Kempen Buka Semangat, yang dianjurkan Coca-Cola, jenama berstatus ikon di Malaysia, akan menampilkan artis sensasi Tomok, yang telah menunjukkan semangatnya yang membanggakan untuk mempertingkatkan kebolehannya sehingga mencapai kejayaan dalam arena muzik tempatan.

“Sejak penampilan buat julung kalinya dalam industri muzik Malaysia, Tomok telah menunjukkan sikap tabah hati menghadapi pelbagai cabaran dan bersungguh-sungguh untuk mencipta nama dalam persada hiburan. Dengan itu, Tomok seorang individu yang paling sesuai untuk dijadikan contoh bagi para belia di samping melambangkan semangat kempen Buka Semangat,” kata Rommel Fuentebella, Ketua Komunikasi dan Pengaktifan Pemasaran Bersepadu, Coca-Cola Far East Limited, Malaysia / Singapura / Brunei.

“Para belia menghayati pengalaman hidup Tomok, dan pihak Coca-Cola mengambil peluang ini untuk membantu beliau mencapai impiannya. Pada masa yang sama, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada peminatnya untuk mencontohi sikap positif beliau dalam merealisasikan potensi dan mempertingkatkan diri ke arah kejayaan,” kata Fuentebella.

Tomok, yang merancang untuk memperluaskan kerjaya ke arena antarabangsa, kini diberi kesempatan untuk berganding bahu dengan kumpulan rock indie dari Britain “One Night Only”, ihsan syarikat Coca-Cola setelah mengetahui minat Tomok untuk membuat persembahan bersama mereka.

“Bahagian Pemasaran Bersepadu Media Prima amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Coca-Cola dalam projek Semangat Inspirasi ini. Kami amat gembira bahawa Tomok, artis di bawah pengurusan The 8Unit (anak syarikat Media Prima), telah dipilih untuk mengembangkan jenama dalam pasaran. Kami teruja dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan bagi bulan-bulan yang akan dating kerana ia merupakan detik bersejarah bagi kami semua,” kata Pengurus Besar Pemasaran Bersepadu, Kumpulan Media Prima Berhad, Cik Lam Swee Kim.

“Projek ini merupakan sesuatu yang amat memberangsangkan bagi karier Tomok. Bersesuaian dengan perkembangan industri hiburan semasa, kerjasama di antara Media Prima, Coca-Cola dan Tomok ini diharap dapat memberikan impak kepada semua,” tambah Lam.

“Peluang untuk bekerjasama dengan kumpulan yang begitu bertenaga dan berbakat ini merupakan peluang keemasan untuk melanjutkan minat saya dalam bidang muzik di peringkat antarabangsa. Saya yakin kolaborasi dengan kumpulan “One Night Only” akan membuahkan lagu yang berinspirasi untuk melambangkan tenaga positif kami. Dengan lagu ini juga, kami berharap dapat membangkitkan semangat peminat demi mencapai prestasi terbaik dalam apa jua yang diceburi mereka,” kata Tomok semasa majlis pelancaran.

Kumpulan “One Night Only”, yang terdiri daripada George Craig, Mark Hayton, Daniel Parkin, Jack Sails dan James Craig, telah mendapat sambutan yang sungguh hangat di Eropah dan kini sedang giat memperkenalkan muzik mereka di rantau Asia. Malaysia merupakan salah satu destinasi kempen promosi ini.

Kumpulan berunsur rock indie ini bukan sahaja menunjukkan respon positif untuk bekerjasama dengan Tomok, mereka tidak tertunggu-tunggu untuk berganding bahu dengan pemenang program “One in a Million” musim ketiga ini untuk mencipta lagu yang akan menggegarkan semangat belia Malaysia.

“Coca-Cola berbesar hati dapat menggembelingkan tenaga Tomok dan “One Night Only” dan berharap inisiatif ini dapat menggalakkan belia Malaysia untuk menggunakan lagu ini sebagai sumber inspirasi untuk membangkitkan semangat mereka,” tambah Fuentebella.

Demi memupuk semangat yakin diri dan menyediakan landasan untuk mempertingkatkan prestasi dalam kalangan belia Malaysia, kempen ini akan menyediakan pelbagai aktiviti interaktif untuk menggalakkan mereka meluahkan perasaan dan mempamerkan bakat masing-masing.

Untuk mengikuti perkembangan projek yang penuh berinspirasi ini, para belia boleh melayari laman web www.coke.com.my dan www.tonton.com.my/semangatinspirasi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Buka Semangat, di samping menyertai pertandingan yang menyeronokkan untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

Diterbitkan bagi pihak Coca-Cola Malaysia oleh WestCoast Communications.

 

Check Also

Aburii Yakiniku Fokus Pada Hidangan Jepun Berasaskan Daging Wagyu Dari Jepun

Aburii restoran omakase Jepun yang menyeronokkan yang terletak di TTDI, Kuala Lumpur. Mengenali dengan lebih …