Kempen Pizza Hut Malaysia #ILOVEYOUDAD

Pada Hari Bapa ini, Pizza Hut Malaysia menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk menunjukkan kasih sayang kepada bapa mereka dengan merakam video muzik 15 saat melalui aplikasi Tik Tok dengan hashtag #ILOVEYOUDAD, dan kongsikannya dengan seluruh dunia!

“Kempen #ILOVEYOUDAD ini diinspirasikan dengan dedikasi dan kasih sayang yang ditunjukkan kepada kita oleh bapa kita. Para bapa sering menunjukkan kasih sayang mereka melalui tindakan dan bukannya melalui kata-kata. Sebagai seorang bapa, saya juga kerap berbuat sedemikian. Ini merupakan antara sebab-sebab mengapa kempen ini cukup penting kepada saya, kerana saya sedar bahawa menghargai seorang bapa akan mengeratkan hubungan keluarga yang bahagia. Hari Bapa merupakan masa yang terbaik untuk kita tunjukkan penghargaan dan kasih sayang kita terhadap mereka,” kata Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd.

Merrill berkata: “Situasi dimana ahli keluarga semua menghadap telefon bimbit mereka di meja makan tidak lagi asing kepada kita. Inilah situasi pada zaman kini, di mana teknologi digital lebih banyak memisahkan daripada mengeratkan hubungan di antara kita. Oleh demikian, kami mengajak rakyat Malaysia Hari Bapa ini untuk menunjukkan penghargaan dan kasih sayang terhadap bapa mereka melalui media sosial. Di samping itu, kita boleh juga berseronok bersama-sama sambil melakukannya.

Seperti kempen #ILOVEYOUMOM untuk sambutan Hari Ibu baru-baru ini, para peserta perlu menggunakan aplikasi Tik Tok, Facebook atau Instagram dan memuat naik video mereka dengan bapa mereka melakukan aksi #ILOVEYOUDAD.  Untuk maklumat lanjut mengenai cara penyertaan, layari web Hari Bapa Pizza Hut di www.pizzahut.com.my/iloveyoudad.

“Saya menantikan penglibatan rakyat Malaysia dalam menunjukkan kasih sayang terhadap bapa mereka melalui pergerakan sosial ini,” kata Merrill Pereyra lagi. “Kita selalu segan untuk menunjukkan kasih sayang terhadap bapa kita,tapi mungkin melalui media sosial, kita boleh lakukannya bersama-sama. Ini merupakan cara yang menarik untuk menggunakan teknologi bagi mengeratkan hubungan antara keluarga dan rakan.”

Sebagai ganjaran tambahan, Pizza Hut akan memberikan para bapa yang menjamu selera di restoran kami pada 16 dan 17 Jun dengan sekeping kek coklat istimewa* ataupun Double Delight* dengan pembelian minimum RM50 dalam satu resit, sementara stok masih ada.

*Kek coklat istimewa boleh didapati di kedai-kedai yang terletak di Semenanjung Malaysia manakala Double Delight boleh didapati di kedai-kedai yang terletak di Malaysia Timur.

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *