Kempen Syukur Selalu Bantu Penghuni RUMAH BAITUL FITRAH Sambut Syawal Dengan Meriah

Kempen Syukur Selalu anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad tahun ini lebih meriah dengan apabila ianya julung-julung kalinya berkolaborasi dengan pusat membeli-belah terkemuka tanahair, Pavilion Kuala Lumpur. Beberapa kawasan Pavilion Kuala Lumpur telah dihiasi dengan motif Syukur Selalu di Laman Idaman untuk menceriakan lagi suasana sambutan Syawal yang menjelang tiba.

Menerusi kolaborasi ini juga turut disediakan dengan dua ruangan istimewa iaitu Syukur Selalu Bersamamu yang memberi peluang kepada pengunjung untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dan ruangan Syukur Selalu Digital yang mempromosikan aplikasi-aplikasi yang diinisiatifkan oleh Media Prima Labs.

Pemberian duit raya oleh pengacara Mbuzz, Syafiq Nazri
Pemberian duit raya oleh pengacara Mbuzz, Syafiq Nazri

Menerusi ruangan Syukur Selalu Bersamamu yang disediakan ini memberi terletak di dalam “Laman Idaman” ini juga turut disediakan ruangan Syukur Selalu Bersamamu, di mana orang ramai terutamanya pengunjung berpeluang membantu anak-anak dari Rumah Baitul Fitrah untuk mencapai impian mereka untuk menyambut Syawal yang bakal tiba.

Tahun ini, rangkaian televisyen Media Prima Berhad telah memilih Rumah Amal Baitul Fitrah. Ruangan tersebut yang telah dibuka sejak 16 Jun 2016 lalu, telah memberi sinar harapan kepada penghuni Rumah Baitul Fitrah.

Pada hari ini satu sesi penyerahan barangan yang diimpikan oleh penghuni tersebut akan diadakan di kediaman mereka di Bandar Country Homes, Rawang. Di samping itu, rumah tersebut juga turut menerima sumbangan tunai daripada pengunjung Pavilion Kuala Lumpur berjumlah lebih daripada RM3,000.

Salah satu penerima sumbangan gembira dengan barangan yang diterima
Salah satu penerima sumbangan gembira dengan barangan yang diterima

Rumah yang serba kekurangan itu didiami oleh 38 penghuni berusia antara setahun hingga 60 tahun. Setiap daripada mereka memerlukan perhatian dan sokongan daripada anda semua. Rumah ini telah diasaskan oleh Puan Masliza Abu Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Ummu Liza, sejak tahun 2006. Untuk keselesaan bagi penghuni lelaki dan perempuan, Ummu Liza telah menyewa dua buah rumah di sekitar Bandar Country Homes itu. Tiada apa yang dapat menggembirakan Ummu Liza melainkan kejayaan tiga daripada anak-anak yang dibesarkan berjaya ke menara gading. Ummu Liza yang juga Pengurus Jenazah Wanita / Amil Masjid turut berniaga secara kecil kecilan bagi menampung perbelanjaan harian dan juga memberi keselesaan kepada penghuni rumah tersebut.

Anda juga boleh memberi sumbangan terus ke akaun mereka menerusi akaun Pengurusan Baitul Kasih 5127 4527 0552.  Marilah kita sama-sama merealisasikan impian mereka. 

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban..   #syukurselalu

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *