Kemunculan sulung WONDA Kopi Tarik

Penggemar kopi di Malaysia yang ingin menikmati keenakan kopi tempatan kini mempunyai pilihan baru yang bakal menepati setiap jangkaan dengan cita rasanya yang tersendiri; WONDA Kopi Tarik.Bermula daripada pemilihan biji kopi premium, ia kemudiannya diadun dengan teliti untuk menawarkan kelazatan kopi segar yang selalu diidamkan penikmatnya.

WONDA Kopi Tarik memiliki cita rasa kegemaran kopi tempatan di dalam tin sebagai alternatif kepada secawan kopi di warung mamak yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Rasa kopi yang lazat ini sesuai untuk dinikmati bersama dengan keluarga atau sahabat taulan pada setiap masa, di mana-mana jua.

“Kopi tempatan ternyata sangat dekat dihati rakyat Malaysia. Kami juga menyedari bahawa produk seumpamanya dapat memenangi hati penggemar kopi tempatan di dalam tin tidak ditawarkan dalam kategori kopi sedia diminum,” ujar Naib Presiden Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Permanis Sdn Bhd, Hemalatha Ragavan. “Inilah sebab yang mendorong kami untuk memperkenalkan WONDA Kopi Tarik,” tambah beliau.

Langkah inovatif untuk memperkenalkan kopi tarik di dalam tin menyerlahkan usaha jenama Kopi WONDA untuk menawarkan kopi premium dengan cita rasa tempatan.WONDA Kopi Tarik juga merupakan pertambahan terbaru yang unik kepada rangkaian produk sedia ada WONDA; WONDA Original dan WONDA Mocha, kedua-duanya mengandungi lebih daripada 50 peratus biji kopi Arabica berkualiti premium; dan WONDA Latte, yang diperbuat daripada susu berkrim berperisa French Vanilla.

WONDA Kopi Tarik kini boleh didapati di semua pasaraya besar berdekatan dan rangkaian kedai runcit seluruh Malaysia.Aktiviti promosi turut akan dijalankan, dengan fokus terhadap rasa lazat dan berkualiti premium WONDA Kopi Tarik sepanjang beberapa bulan. Ini termasuk kempen di radio, akhbar, digital, televisyen, serta pensampelan produk dan sebagainya.

Jenama Kopi WONDA dimiliki oleh Asahi Group Holdings Pte Ltd Japan dan diedarkan di Malaysia oleh Permanis Sdn Bhd.Jenama ini pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada Disember 2013. Dalam tempoh setahun, ia melonjak ke kedudukan kedua dalam kategori jenama kopi sedia diminum.

Pada 2015, Kopi WONDA muncul sebagai pemenang Emas bagi Anugerah EFFIE Malaysia dan tercatat di dalam Buku Rekod Malaysia untuk pencapaiannya sebagai ‘Kempen Iklan Pertama Menggunakan Lima Deria.’

Untuk maklumat lanjut berkaitan WONDA Kopi Tarik dan produk berkaitan lainnya, sila layari http://www.permanis.com.my/brand/wonda/.

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *