KFC CRAZY CRUNCH – Kelazatan Tidak Terkata!

Pic3

KFC Malaysia telah melancarkan ciptaan terbaru mereka – KFC Crazy Crunch, dengan kelazatan unik yang tidak terkata.Dihidangkan bersama KFC Crazy Crunch yang baru ini, adalah roti lembut butterscotch yang lazat,  dan minuman Pic serta Mangga Sjora yang sememangnya serasi dengan keenakkan ayam goreng ini.

Bersempena promosi ini, KFC menawarkan Crazy Crunch dengan hidangan Kombo A yang mengandungi dua ketul ayam goreng Crazy Crunch, satu kentang putar saiz biasa, satu coleslaw saiz biasa, satu roti butterscotch, dan satu minuman Pic dan Mangga Sjora saiz biasa kesemuanya dengan harga RM11.80. Kombo B pula mengandungi tiga ketul ayam Crazy Crunch, satu kentang putar saiz biasa, satu coleslaw saiz biasa, satu roti butterscotch, dan satu minuman Sjora Pic & Mangga saiz biasa kesemuanya pada harga RM14.90. KFC Crazy Crunch juga boleh didapati dalam hidangan lebih besar iaitu Feast A (untuk empat hingga lima orang) yang mengandungi sembilan ketul ayam goreng Crazy Crunch, satu kentang putar saiz besar, satu coleslaw saiz besar dan sebotol Pepsi (1.5L) pada harga RM39.60 sahaja. Feast B (untuk tujuh hingga sembilan orang) pula mengandungi 15 ketul ayam dengan hidangan sampingan yang sama pada RM59.90 sahaja.

Pic4

Pelanggan juga boleh memilih untuk menukar menu Original Recipe atau Hot & Spicy yang sedia ada kepada ayam goreng Crazy Crunch dengan tambahan sebanyak RM0.15 sen setiap ketul. Bagi peminat ayam goreng Original Recipe atau Hot & Spicy, usah bimbang kerana anda boleh terus menikmati ayam kegemaran anda ini kerana KFC akan terus mengekalkan ayam Original Recipe dan Hot & Spicy sepanjang waktu promosi produk baru ini.

Untuk capaian pelanggan yang lebih luas, strategi pengiklanan dan promosi bagi KFC Crazy Crunch merangkumi pengiklanan di TV, radio dan akhbar, pengiklanan di luar, bahan-bahan di pusat jualan dan menerusi media online/sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain.KFC Crazy Crunch terbaru kini boleh didapati di semua restoran KFC di seluruh negara untuk jangkamasa terhad iaitu selama dua bulan mulai 24 Oktober 2013, sementara stok masih ada, jadi jangan lepaskan peluang anda hari ini!

Pic1

Selaras dengan promosi ini, satu peraduan khas akan diadakan dimana pelanggan dijemput untuk berkongsi cerita tentang kesedapan yang dialami dengan Crazy Crunch. Anda cuma perlu tag #Crazycrunch pada video yang dimuat turun untuk memenangi hadiah mingguan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman kfc.com.my/crazycrunch.

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *