Kim Rae Won bakal bertemu peminat di Malaysia pada 10 Oktober

Sejak kejayaan menerusi penampilannya dalam drama popular Doctors, yang baru berakhir baru-baru ini, pelakon segak bergaya Kim Rae Won akan berkunjung ke Kuala Lumpur pada Isnin, 10 Oktober 2016, 7.15 petang di Centre Court, Pavilion KL  untuk bertemu peminat-peminatnya. Sesi bertemu peminat ini adalah anjuran saluran hiburan nombor satu Korea, ONE.

Virginia Lim, Naib Presiden Kanan & Ketua, Kandungan, Terbitan & Pemasaran, Sony Pictures Television Networks, Asia berkata, “Doctors adalah salah satu drama bersiri rating paling tinggi dalam kalangan saluran-saluran berbahasa Korea di Malaysia dan Singapura[1]. Kami amat teruja, sekali lagi dapat memberikan penonton kami dengan pengalaman yang holistik, melanjutkan pengalaman menonton program di saluran sehingga bersemuka dengan bintang kegemaran mereka.”

Disegani kerana skil lakonannya yang mengkagumkan serta penampilan yang penuh berkarisma di skrin, pelakon berusia 35 tahun itu telah terlibat dalam banyak produksi dan pernah merangkul pelbagai anugerah sejak kemunculan pertamanya pada 1997. Dan di sepanjang karier dua dekad lamanya itu, Kim Rae Won banyak memegang watak hero romantis dan memainkan karakter wira  yang berani dan cekal hati.  Antara penampilan beliau yang paling diingati termasuk drama romantis Love Story in Harvard; drama berkisah perundangan Punch; dan, pastinya baru-baru ini, Doctors, iaitu drama popular yang turut dibintangi Park Shin Hye.

one_doctors_kim-rae-won

Pada sesi bertemu peminat nanti, orang ramai bukan sahaja berkesempatan untuk bersemuka secara dekat dengan pelakon tampan ini, malahan boleh menyertai pelbagai aktiviti lain yang menyeronokkan, disediakan khas oleh ONE untuk para peminat dan pelanggannya.

Butiran untuk ‘A Date with Kim Rae Won’ adalah seperti berikut:

Hari/ Tarikh: Isnin, 10 Oktober 2016

Masa: 7.15pm

Tempat: Centre Court, Pavilion KL, Kuala Lumpur, Malaysia

Kemasukan: Percuma dan Terbuka kepada Umum

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘A Date with Kim Rae Won’, sila layari www.ONEtvasia.com/KimRaeWon, atau ikuti www.facebook.com/ONEtvasia untuk perkembangan lanjut. Sertai perbualan sosial media dengan menggunakan hashtag rasmi #ONEKimRaeWon.

Sinopsis mengenai Doctors

Ekoran zaman kanak-kanaknya yang traumatik, Hye Jung (Park Shin Hye) telah membesar menjadi seorang samseng yang tidak mempercayai sesiapa. Apabila dia dihantar untuk tinggal bersama neneknya, dia telah berkenalan dengan Hong Ji Hong, seorang bekas pakar bedah saraf yang bertukar kerjaya sebagai guru. Ji Hong kemudiannya mengambil Hye Jung sebagai anak didiknya. Namun, di bawah bimbingan Ji Hong, adakah Hye Jung mampu melupakan masa silamnya untuk membina kerjayanya sebagai pakar bedah saraf?

ONE didapati di Malaysia melalui saluran Astro 393.

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *