KJ Bikin Filem Pendek Berjudul ‘Teguh’

KJ_teguhMenteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (KJ) buat pertama kali menceburi bidang pengarahan apabila terlibat di belakang kamera bagi mengarah sebuah filem pendek yang dijadual ditayangkan pada Jumaat.

Khairy merupakan antara 18 pengarah yang menyumbang kepada Ikal Mayang iaitu projek filem pendek bagi membantu golongan wanita.Projek ini merupakan cetusan idea daripada organisasi bukan kerajaan (NGO), Women: Girls.

Presidennya, Low Ngai Yuen berkata, pada awal penggambaran sekitar Oktober tahun lalu, Khairy kelihatan agak gementar namun beliau berjaya menyesuaikan diri.”Daripada pemerhatian saya, beliau sangat selesa melakukan kerja pengarahan.

“Malah beliau sendiri berjalan sejauh 50 meter untuk memberi arahan kepada pelakon tanpa menggunakan alat pembesar suara,” katanya.Khairy mengarahkan filem pendek berjudul Teguh yang ditulis oleh pelakon Ida Narina.

Teguh mengisahkan tentang seorang pemain skuasy profesional yang dilakonkan oleh pemain skuasy negara, Sharon Wee yang pulih daripada kemalangan serius dan kemudiannya mendapat inspirasi daripada seorang perenang paralimpik.”Ida membantu Khairy untuk menulis jalan cerita filem pendek tersebut, namun idea asalnya ialah daripada beliau sendiri selepas bertemu dengan kedua-dua atlet itu sebelum ini,” katanya.

Menurut Low lagi, dia mempelawa Khairy yang ketika ini berada di Amerika Syarikat atas urusan rasmi selepas ahli politik itu berlakon dalam filem pendek berjudul Inspektor Mastura arahan Elaine Daly menerusi projek Ikal Mayang 2013.

“Beliau sangat peka dengan isu wanita dan sentiasa menyokong projek kami. Beliau sangat terbuka dan tahu apa yang diperkatakannya,” ujarnya.Sebelum ini, Khairy juga pernah berlakon sebagai pemandu teksi dalam filem pendek berjudul Meter arahan Benji Lim dan Bahir Yeusuff pada 2009.

Selain Khairy, pengarah lain yang turut terlibat dalam projek Ikal Mayang 2015 ialah Lisa Surihani, Pete Abdullah, Afdlin Shauki, Kavita Sidhu, Vince Chong, Carmen Soo, Davina Goh, Wak Doyok, Kang Zetty Anis, Soosan Hoh, Tan Chui Mui, Michael Cooke, Elza Irdalynna, Rachael Malai Ali Lee Yve Vonn dan Adibah Nor.

18 filem pendek itu akan mula ditayangkan bermula Jumaat hingga 8 Mac ini di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

sumber : mStar online & MalaysianDigest

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *