Konsert Fenomena 30 Tahun SEARCH

Kumpulan SEARCH yang bakal menemui peminat-peminatnya dengan siri konsert jelajah KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH di tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang (19 Nov), Johor Bahru (3 Dec) dan Kuala Lumpur (17 Dec) bermula bulan ini juga bakal mencatat pelbagai sejarah lain yang tersendiri. Di setiap lokasi konsert di tiga buah negeri, seorang peminat Search akan dipilih untuk memenangi sebuah kereta Perodua Viva 660 BXA bernilai RM25,300.00 (harga atas jalan termasuk aksesori) sumbangan daripada ORACLE ACCORD sebagai penganjur.

Setiap seorang daripada peminat-peminat SEARCH yang mengunjungi konsert tersebut juga akan menerima sehelai T-shirt eksklusif sebagai cenderamata. Ini tentunya sesuatu yang tidak pernah dilakukan dalam mana-mana konsert artis tempatan mahupun antarabangsa di negara ini.

Konsert yang akan berlangsung selama 7 jam ini bermula seawal jam 5 petang. Anda boleh dapatkan tiket konsert ini pada harga RM59 di Pulau Pinang dan Larkin manakala RM69 di Kuala Lumpur melalui www.tickethotline.com.my.

 

Check Also

Aburii Yakiniku Fokus Pada Hidangan Jepun Berasaskan Daging Wagyu Dari Jepun

Aburii restoran omakase Jepun yang menyeronokkan yang terletak di TTDI, Kuala Lumpur. Mengenali dengan lebih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *