Konsert Kesha Waarrior Tour Dibatalkan

25KESHA-articleLarge

Konsert Kesha Warrior Tour yang sepatutnya berlangsung pada malam ini di Stadium Negara terpaksa dibatalkan apabila pihak PUSPAL menarik balik lesen konsert tersebut pada jam 11 pagi semalam.  Pihak Livescape yang sebelum ini pernah menghasilkan lebih 100 pertunjukkan sentiasa mematuhi semua garis panduan yang telah ditetapkan oleh PUSPAL.

Pihak Livescape memuji serta mengucapkan terima kasih kepada Kesha dan pasukan beliau apabila memberi kerjasama supaya mengubah beberapa lirik lagu beliau serta cara pemakaian beliau agar selaras dengan budaya Malaysia. Setakat ini tiada penjelasan daripada PUSPAL mengapa konsert ini dibatalkan.

Kepada para pemegang tiket konsert ini, anda boleh lawati laman facebook www.facebook.com/livescapeasia untuk maklumat lanjut mengenai bayaran balik yang bakal diumumkan dalam beberapa hari lagi. Pihak Livescape juga menawarkan bayaran balik tiket perjalanan dari luar dan dalam negara Malaysia tetapi tertakluk kepada terma dan syarat-syarat tertentu.

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *