Konsert KITA 20FORTEEN

flyer 20FORTEEN

FORTEEN bermula dengan 4 jejaka berbakat besar Izzue, Ariz, One dan Ameer disatukan menerusi ujibakat oleh KRU Music pada tahun 2011. Genap 3 tahun, sebut sahaja nama FORTEEN, pasti ramai terbayangkan alunan vokal yang mantap dengan lagu-lagu pop balada yang sering menjadi hit di corong-corong radio. Ini terbukti melalui kejayaan single pertama mereka ‘Berdua Bersatu’, FORTEEN tersenarai dalam Top 5 Artis Duo/Kumpulan ABPBH 2011. Selepas kejayaan single pertama ini, FORTEEN tampil mempertaruhkan single kedua `Seperti Dulu’ yang juga  merupakan lagu tema filem 3D pertama keluaran KRU Studios `29 Februari’. Industri muzik negara seakan merestui perjalanan seni FORTEEN apabila mereka dinobatkan sebagai Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 19 tahun 2012 dan tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 27. Diikuti pula dengan kejayaan single ketiga `Kita’ yang berjaya tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 28 dan Top 5 Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 20.

Meneruskan perjalanan seni mereka, FORTEEN telah tampil dengan album debut mereka yang berjudul ‘KITA’ yang dipasarkan pada 23hb Disember 2013 yang lalu. Album `KITA’ memuatkan 6 buah lagu antaranya lagu `Kita’, `Tidak Pernah Berjumpa’, `Dikau Saja’,`Berdua Bersatu’, `Ketika Ini’ dan `Seperti Dulu’. Album `KITA’, mempertaruhkan single terbaru mereka berjudul `Tidak Pernah Berjumpa’ yang memberikan kelainan dari single terdahulu yang berentak  pop akustik `sing –a-long’ yang santai dan “easy listening”. Album `KITA’ telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peminat setia mereka .

Dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh FORTEEN dan bagi menghargai kesetiaan peminat yang sentiasa menyokong dan untuk menampilkan bakat FORTEEN, KRU Music Sdn. Bhd. akan menganjurkan Konsert KITA 20FORTEEN yang bakal berlangsung pada 29hb Mac 2014,  Konsert ini bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail dan pintu masuk akan dibuka pada tepat 3.00 petang. Konsert ini bermula pada jam 5 petang sehingga 7 petang, selama 2 jam ini akan dmenggunakkan khidmat `live band’ bagi memantapkan lagi akan diselangselikan dengan gimik dan kejutan yang bakal diketahui pada hari konsert tersebut. Lebih kurang sebanyak 15 buah lagu bakal dipersembahkan oleh FORTEEN. Tiket konsert ini berharga RM80.00 sahaja. Penjualan tiket konsert telah dijalankan dan boleh didapati di talian hotline United Studios 03 8320 1888, KL Live 03 2162 2570/71/72 dan di Redbox Ria 03 2145 7788. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke enquiries@unitedstudios.net.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.facebook.com/utdstudios/info & enquiries@unitedstudios.net , https://www.facebook.com/krustudios https://www.facebook.com/krumuzik  dan juga di Facebook Forteen https://www.facebook.com/officialforteen .

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *