Konsert Orkestra Side-By-Side

Istana Budaya berbangga mempersembahkan konsert orkestra Side-By-Side yang menampilkan gandingan unggul Orkestra Permata Seni Muzik (PSM) dan Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) pada 29 November 2016 di pentas Panggung Sari, Istana Budaya.Gabungan kedua-dua orkestra ini akan memainkan medley lagu popular Allahyarham Tan Sri P. Ramlee juga karya klasikal barat terkenal seperti Mozart, Brahms, Schubert dan Sibelius.

Selain itu, penonton juga akan diperdengarkan dengan lagu-lagu popular daripada filem antarabangsa seperti ‘The Curse of the Black Pearl’ daripada filem Pirates of the Carribean, ‘The Imperial March (Darth Vader’s Theme)’ daripada Star Wars serta Gladiator dan Jurassic Park.

poster

Seramai 40 ahli OSK dan 40 ahli PSM akan dipimpin oleh Mustafa Fuzer Nawi, konduktor OSK yang juga bertindak sebagai pengarah muzik konsert ini.Berasal dari Ipoh, Perak, Mustafa Fuzer Nawi merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia muzik klasikal barat dan sebelum bersama OSK, beliau pernah menerajui Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), Sarajevo Philharmonic Orchestra Bosnia, Sydney Opera Company Australia dan sering mendapat jemputan untuk mengiringi konsert artis terkemuka tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Ahmad Nawab, Wings dan ramai lagi.

 

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *