Konsert ‘Reunion’ Dewa 19 Tampilkan Ari Lasso dan Once

Setelah lebih 10 tahun Dewa 19  tidak beraksi di hadapan para peminat setianya kini band yang cukup popular dengan lagu-lagu seperti Elang, Larut, Cemburu, Pupus, Mistikus Cinta dan Sedang Ingin Bercinta itu kembali beraksi untuk menghiburkan ‘Baladewa’  di Malaysia.

Lebih menarik konsert kali ini bakal menampilkan Ari Lasso, Once dan Ahmad Dhani yang bakal beraksi di konsert “Dewa 19 – Reunion Live in Malaysia”. Konsert yang dibawakan oleh Nizra Production itu bakal berlangsung pada 2 Februari depan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Menurut Nik Iruwan, wakil daripada Nirza Production, kumpulan legenda Indonesia itu bakal membawakan hampir 35 buah lagu-lagu popular mereka pada konsert berkenaan.

“Tidak ada yang lebih hebat daripada mendengar kata ‘yes’ daripada Dhani dan kami berjaya membawa sekali Ari Lasso bersama-sama Once buat pertama kalinya bergabung di atas satu pentas di Malaysia.

Sementara itu Ahmad Dhani juga melahirkan rasa berbesar hati untuk kembali bertemu peminat di negara ini selepas sedekad tidak mengadakan persembahan di Malaysia.

“Kami bersedia untuk kembali menghiburkan peminat di Malaysia kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada Baladewa di sini. Sampai ketemu semua,” kata Ahmad Dhani.

Selain Ahmad Dhani Dewa 19 turut membawa tiga lagi ahli kumpulan asal Dewa 19 iaitu, Andra (gitar), Yuke (bass), Agung (dram) dan Tyo Nugros (dram).

Para peminat boleh mendapatkan tiket-tiket berharga RM238 hingga RM888 yang sudah mula dijual pada 7 November lalu.

Maklumat pembelian tiket boleh diperoleh menerusi laman sesawang www.ticketcharge.com.my atau lawati laman sosial rasmi konsert. Info lanjut boleh hubungi Info Hotline di 017-2792118.

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *