KONSET RADJA MALAIKAT CINTA

Grup popular Indonesia, Radja bakal muncul dalam sebuah konsert yang akan berlangsung pada Sabtu, 5 Mei 2018 di StarXpo Centre, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur bermula 8.30 malam.

Konsert ini dianjurkan selaras dengan perkembangan grup itu yang baharu sahaja selesai melancarkan single terkini mereka yang berjudul ‘Malaikat Cinta’ pada 19 Mac lalu di kota Jakarta. Sekaligus, mengembalikan semula nama Radja di senario muzik serantau setelah tamat kontrak bersama sebuah syarikat rakaman antarabangsa pada 2010 lalu dan kini menubuhkan syarikat sendiri iaitu Istana Music. Kini biarpun bergerak secara indie, Radja terus aktif dan  berjaya kembali serta menjadikan single tersebut sebagai lagu runut bunyi sebuah sinetron di SCTV.

Konsert yang turut mengambil nama sempena single tersebut – CONSERT RADJA MALAIKAT CINTA dengan durasi dua jam adalah sebuah konsert yang wajib ditonton oleh kesemua peminat mereka di mana grup ini akan mempersembahkan repertoire dari album pertama mereka sehinggalah lagu-lagu terbaru seperti ‘Jujur’, ‘Benci Bilang Cinta’, “Takkan Melupakanmu’, ‘Tulus’ dan banyak lagi lagu kegemaran ramai. Sebagai menghargai muzik,artis serta peminat negara ini yang banyak menyokong kerier meraka selama ini, Radja juga akan menyampaikan lagu-lagu populor artis Malaysia di konsert itu nanti.

Harapan Radja agar konsert ini bakal sukses dan berjaya untuk mengubati kerinduan peminat-peminat mereka dan turut dijanjikan persembahan yang mantap serta kelainan daripada kebiasaan mereka. Segalanya bakal disaksikan oleh seluruh penggemar Radja pada 5 Mei 2018 nanti.

Tiket-tiket dijual dengan harga RM285 (VIP – duduk dan majlis ‘moktail’ sebelum konsert), RM215 (Platinum), RM165 (Gold), RM125 (Silver) dan RM85 (Bronze). Tiket  sudah mula dijual mulai 21 Mac 2018 di www.airasiaredtix.com secara online. Peminat juga boleh mendapatkan tiket melalui kedai muzik Rock Corner di The Garden Mid Valley, Victoria Music di Sg Wang dan Amcorp Mall serta Artists Gallery di Gurney Plaza dan Queensbay Mall . Diskaun sebanyak 10% disediakan untuk pembeli tiket terawal (sehingga 31 Mac 2018) untuk kategori Platinum, Gold dan Silver.

KONSERT RADJA MALAIKAT CINTA di anjurkan serta di terbitkan oleh Belbis Sdn Bhd bersama AV Group & Symphony Music. Pihak penganjur yakin dengan kemunculan semula Radja, peminat-peminat mereka bakal mengimbau kembali senarai lagu-lagu hits yang pernah meledak suatu ketika dulu.

INFO

Tarikh:                     5 Mei 2018

Masa/lokasi:        8.30 malam / StarXpo, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur

Harga tiket:          VIP RM285 / Platinum RM 215 / Gold RM165 / Silver RM125 / Bronze RM85

Tiket:     www.airasiaredtix.com

Rock Corner : The Garden, Mid Valley (03 2210 4893)

Victoria Music : Sg Wang (03 2148 7208) dan Amcorp Mall (037956 0592)

Artists Gallery di Gurney Plaza (04 637 0191) dan Queensbay Mall (04 2285 5648)

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *