Kumpulan Junction gegarkan Hard Rock Melaka

Kumpulan rock yang popular sekitar akhir 80-an, Kumpulan Junction akhirnya kembali membuat kemunculan selepas lebih 20 tahun mendiamkan diri dari arena muzik tempatan. Kumpulan yang berasal dari Johor Darul Takzim ini bakal mengadakan persembahan sulungnya pada 12 Mac depan, hari Sabtu bertempat di Hard Rock Café Melaka jam 4 petang.

Kumpulan yang terkenal menerusi lagu berhantu mereka berjudul Petualang adalah antara kumpulan rock pelopor ketika era itu selain Wings, Search, BPR dan Ekamatra.Malah kumpulan yang terkenal dengan lagu balada berjudul Kembali ini juga pernah menggegarkan industri hiburan tempatan apabila diberi jolokan kumpulan ‘heavy metal’ pertama negara ketika itu.

Kumpulan Junction dianggotai yang oleh Mohd Rashid Taha selaku vokalis, Noorazman Zainal Abidin (pemain gitar), Misman Kisot (pemain bass) dan Muzamil Mohd Salleh selaku pemain drum adalah barisan anggota baru selepas beberapa pepecahan kumpulan berlaku sebelum ini.

Menurut vokalisnya yang mesra disapa Aceed menyifatkan peluang untuk Junction mengadakan persembahan di Hard Rock Café Melaka ini adalah hadiah istimewa buat peminat muzik mereka yang sudah lama menanti kemunculan ini.

“Jujurnya kami berempat sudah lama meninggalkan dunia muzik. Semua sibuk dengan urusan masing-masing dan kerjaya tetap. Namun peminat dan mereka yang membesar dengan muzik kami masih kenal dan sentiasa bertanya bila untuk kami kembali menggegarkan pentas.

“Hinggalah pihak Hard Rock Café Melaka datang mengundang kami untuk kembali beraksi. Sudah tentunya peluang ini tidak sekali kami persia-siakan memandangkan ia adalah platform terbaik untuk kami kembali mengubati rindu peminat,” katanya.

Kumpulan Juction mula mencipta nama pada tahun 1985 dan pernah menerbitkan tiga album keseluruhan namun desakan ekonomi dan persaingan, kumpulan ini senyap begitu saja selepas hampir 10 tahun berjuang.“Junction tidak pernah hilang dan terkubur sebaliknya masing-masing mengambil keputusan untuk menumpukan kepada urusan peribadi terlebih dulu. Mungkin inilah masanya untuk kami kembali menghiburkan peminat,” tambah Aceed lagi.

Peminat yang berminat untuk berhibur dengan Junction dan mendengar kesemua lagu-lagu popular nyanyian mereka bolehlah menghubungi 017-7797091 atau 017-3952865 bagi membuat tempahan tiket bagi menyaksikan persembahan mereka 12 Mac ini di Hard Rock Café Melaka bermula jam 4 petang.

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *