Lagi Nama-nama Besar Bakal Muncul Di Festival ROCKAWAY Yang Kedua Pada 19 NOV

Jumlah penghibur di Festival Rockaway kedua yang akan berlangsung pada 19 Nov di Extreme Park, Bukit Jalil semakin bertambah. Penganjur festival, The Livescape Group, hari ini mengumumkan yang kumpulan Deja Voodoo Spells dengan menampilkan Bumblefoot (bekas anggota Guns N’ Roses) dan The 11-Piece Book of Spells Orchestra, Pop Shuvit menampilkan Dave Kennedy (bekas anggota Angels & Airwaves), Kyoto Protocol menampilkan Man Bai dan kumpulan indie Singapura, Force Vomit turut bakal menghiburkan para peminat yang hadir di festival yang akan diadakan ini.

15042137_1485552434801368_8682476947032438173_o

Dengan penambahan ini, Rockaway: The Saga Continues akan mempersembahkan empat lagi persembahan kolaborasi yang sebelum ini hanya menjanjikan persembahan kolaborasi antara Hujan x Radhi OAG. Festival ini juga bakal mengembalikan bibit-bibit nostalgia dengan kemunculan semula kumpulan Butterfingers, yang turut akan membuat persembahan di festival ini yang turut jatuh pada tanggal ulangtahun ke-20 album terhebat mereka, 1.2 milligrams. Turut bersama kumpulan “grunge” ini ialah One Buck Short (Ulangtahun Istimewa Rockaway ke-15), dan bintang-bintang legenda Malaysia seperti Datuk Zainal Abidin (Ulangtahun Istimewa Rockaway ke-30) dan Alleycats.

15110361_1485552408134704_5336677290126912952_o

Antara lain yang akan menggegarklan Festival Rockaway tahun ini ialah seperti kumpulan-kumpulan terkenal seperti Third Eye Blind, Taking Back Sunday, The Get Up Kids, LyMe, Oh Chentaku dan many more.

Kedua-dua konsert Rockaway Malaysia MotoGP Festival (yang telah berlangsung) dan Rockaway The Saga Continues didukung oleh Malaysia Major Events, satu divisyen dari Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Malaysia. Turut disokong oleh DCODE (Rakan Kongsi Rasmi), Hotlink (Telekomunikasi Rasmi), RedBull (Minuman Tenaga Rasmi), RedBox dan GreenBox Karaoke (Rakan Media Rasmi), Intercontinental Kuala Lumpur (Hotel Rasmi), MTV (Rangkaian Muzik Rasmi), BFM 89.9 (Stesen Radio Rasmi), Sinar FM (Stesen Radio Rasmi) and Hitz FM (Stese Radio Bersama).

15123050_1485552344801377_516059526020233380_o

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendapatkan tiket (RM138++) bagi Rockaway Fest: The Saga Continues pada 19 Nov, layari www.rockawayfest.com atau www.facebook.com/rockawayfest. Atau ikuti Instagram Rockaway melalui @RockawayFest.

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *