LAGU FILEM “ PETTA” bertajuk “ULLALA” hasil nyanyian AZWAN & MU’ADZ dilancarkan

Sempena dengan tayangan filem akan datang, mailis pelancaran lagu (cover song) bertajuk “Ullala” daripada filem Petta. Lagu ini  dinyanyikan oleh penyanyi tempatan, Azwan & Mu’adz. Mereka yang berbangsa melayu juga pernah nenyanyikan sebuah lagu tempatan Tamil yang bertajuk “Azhagu” yang mendapat perhatian dan kepujian orang ramai. Mereka sebagai peminat besar Superstar Rajinikanth berjaya menyanyikan lagu Tamil ini dengan  jayanya.

Syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat hartanah, produkasi perfileman, pemiagaan import dan eksport, pengurup wang serta beberapa lagi perniagaan merupakan milikan Dato’ Abdul Malik bin Dasthigeer. Syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd telah berjaya membawa masuk beberapa filem hindi dan tamil ‘box office’ ke dalam pasaran Malaysia. Antara filem yang pernah dibawa masuk ke Malaysia ialah Dilwale,  Thangamagan, Lingaa, Pitchaikaaran, Kanithan, Goal, Their, Kabali, Miruthan ,Singam 3, Adangamaaru, Tuppaki Munai, Κ.G.F Chapter 1, Thimiru Pudichavan, Sandakozhi 2, 60 Vayathu Maaniram, Irumbuthiral, Sketch, Chennai 2 Singapore, Indrajith, VIP 2, Thupparivalan, Kadamban

Daripada semua “blockbuster film” edaran Malik Streams Corporation, filem Kabali dengan lakonan Superstar Rajinikanth mencecah kutipan yang paling tinggi sebanyak 13 juta di Malaysia.

Kini tibalah masa untuk melihat lakonan semula yang gempak oleh legenda filem Tamil, Superstar Rajinikanth dengan filem baru beliau. Superstar Rajinikanth akan kembali dengan filem terbaru bernama “Petta” pada 10hb Januari 2019. Kami dengan gembira ingin mengumumkan bahawa syarikat Malik Streams Corporation Sdn Bhd merupakan syarikat distribusi filem ini bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Kami juga ingin mengatakan bahawa, dalam sejarah negara, kami merupakan syarikat Malaysia yang pertama yang memiliki hak distribusi antarabangsa filem ini dimana tayangan filem ini di lebih daripada 22 negara antarabangsa yang mempunyai kadar peminat Rajinikanth yang begitu tinggi.

Selaku syarikat filem distribusi yang sah, Malik Streams Corporation telah bercadang dan merancang pelbagai promosi dan publisiti. Antaranya acara dan majlis promosi akan datang sempena dengan filem “Petta” adalah acara Guinness Book Of Record Attempt Largest Movie Poster on a Scaffholding di Kuala Lumpur.

Superstar Rajinikanth merupakan legenda filem Tamil yang tersohor di mata dunia, telah berlakon dalam 161 filem termasuklah filem bertajuk “Petta” yang akan dikeluarkan pada 10hb Januari 2019 di seluruh dunia sempena sambutan perayaan Ponggal. Filem “Petta” merupakan filem aksi berbahasa Tamil yang ditulis dan diarahkan oleh Karthik Subbaraj dan dihasilkan oleh Kalanithi Maran (Sun Pictures). Filem ini dibintangi oleh Rajinikanth dengan pelakon-pelakon yang lain termasuk Vijay Sethupathi, Simran, Trisha, M. Sasikumar, Nawazuddin Siddiqui, Bobby Simha, J. Mahendran dan Guru Somasundaram. Lagu-lagu di dalam filem ini dikarang oleh Anirudh Ravichander

Rajinikanth mempunyai kadar peminat yang tinggi di seluruh dunia, termasuk negara kita Malaysia dimana peminatnya tidak mengira agama, bangsa dan budaya yang turut menunjukkan sambutan luar biasa dalam setiap filem yang beliau dibintangi. Beliau merupakan bintang filem yang mempunyai kadar peminat yang tinggi di Asia: Selepas kedudukan Jackie Chan, Superstar Rajinikanth merupakan orang kedua dalam mempunyai peminat yang tinggi di seluruh dunia.

Rajinikanth bukan sahaja seorang bintang filem, malah beliau juga merupakan ikon yang ramai dicontohi. Beliau sentiasa mempercayai kepada sikap kesederhanaan yang mengekalkan profil rendah. Beliau merupakan insan yang suka menghulurkan bantuan kepada orang yang tidak berkemampuan yang sanggup melakukan kerja-kerja amal. Beliau mempunyai perikatan yang begitu baik dengan tanah air kita, Malaysia dimana beliau tinggal di Malaysia selama 2 bulan semasa penggambaran filem Kabali.

Kami syarikat tempatan, Malik Streams Corporation melaksanakan tanggungjawab kami dalam mempromosikan negara kita Malaysia, melalui bidang perfileman dengan menganjurkan pelbagai promosi antarabangsa yang mendapat perhatian orang ramai di seluruh dunia. Keunggulan aktiviti promosi dan publisiti sebegini akan mendapat liputan luas dan khas daripada media antarabangsa dimana ia akan dilihat oleh ratusan juta orang serta dapat mencapai publisiti negara kita yang agak tinggi di mata dunia dan reputasi negara akan meningkat secara langsung.

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *