Loceryl Menghapuskan Kulat untuk Kuku Tampak Sihat

P6190288

Bertahun lamanya, Loceryl® dari Perancis merupakan rawatan preskriptif yang terkenal dan dipercayai untuk mengatasi (Onychomycosis) jangkitan kulat kuku. Kini, jangkitan kulat kuku telah merebak luas, disebabkan oleh pertukaran gaya hidup.

Penambahan jangkitan kulat kuku dan juga cubaan berterusan mengatasi stigma sosial dan salah faham telah menggalakkan Galderma, pengedar Loceryl®  untuk mengklasifikasi semula rawatan lakuer kuku ini menjadi suatu produk yang boleh dibeli dikaunter.

loceryl pack new

Apa itu Jangkitan Kulat Kuku?

Jangkitan Kulat Kuku (Onychomycosis) ialah jangkitan kulat kuku jari atau kuku kaki yang tidak akan sembuh tanpa rawatan. Kuku yang dijangkiti akan kelihatan kuning sehingga menjadi perang, tebal, rapuh dan/atau terpisah dari kulit. Kulat akan menjangkiti kuku disebabkan oleh luka pada kuku, kasut yang ketat, atau disebabkan penyakit yang sedia ada. Oleh itu, pengidap jangkitan kulat kuku tidak patut merasa susah hati kerana, masalah ini bukan disebabkan oleh tahap kebersihan seperti yang dipercayai ramai. Walau bagaimanapun, penyakit ini tidak harus dianggap ringan, kerana ia mudah berjangkit dari kuku ke kuku dan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada kuku tersebut.

Selain dari bahaya fizikal, pesakit kulat kuku juga menderita secara psikologi dan emosi. Mereka sering mengelakkan diri dari situasi sosial, kurang keyakinan diri dan menghadapi masalah menjalinkan perhubungan yang rapat. Disebabkan oleh stigma masyarakat dan salah anggap, pesakit juga sering memberikan kesan pertemuan pertama yang tidak elok dan dianggap berjangkit serta kurang bersih, terutama di tempat-tempat awam.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Apa itu Loceryl®?

Lakuer kuku Loceryl®  ialah salah satu rawatan topikal untuk jangkitan kuku. Ia membebaskan bahan aktif Amorolfine 5% untuk membunuh jangkitan yang disebabkan oleh 3 jenis kulat iaitu dermatophytes (paling biasa), yis dan kulampair. Kesan anti kulatnya akan kekal pada kuku sekurang-kurangnya 7 hari. Lakuer kuku Loceryl® mudah dan senang digunakan dengan sapuan sekali dalam seminggu. Jangkitan kulat kuku jari biasanya akan mengambil masa 6 bulan untuk dirawat sementara jangkitan kulat pada kuku kaki mengambil masa 9 -12 bulan untuk pulih kerana pesakit perlu menanti tumbuhnya kuku baru.

“Kami, di Galderma, faham yang jangkitan kulat kuku ialah satu topik yang tidak mudah dibicarakan, lebih-lebih lagi dengan pandangan negatif masyarakat dan stigma sosial. Inilah sebabnya, Loceryl® akan mudah didapati dari kaunter jualan mulai hari ini memandangkan ianya selamat digunakan dengan kesan sampingan yang minima” kata Jean-Sebastien Ricard, Pengurus Besar Galderma di Asia Tenggara di majlis pelancaran media Loceryl®.

P6190157

“Dengan pelancaran ini, Loceryl® lebih mudah didapati di  farmasi-farmasi utama seluruh negara. Kami harap lebih ramai orang akan dapat melakukan rawatan segera, untuk mengelakkan komplikasi lanjut dan yang lebih penting, dapat menghentikan penularan jangkitan melalui perkongsian pengilat kuku dan produk kebersihan peribadi yang lain.”

Loceryl® kini terdapat di semua farmasi-farmasi utama pada harga RM99.80 setiap satu.

 

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *