MAGGI Memperkenalkan MAGGI OATMEE Dengan Kebaikan Yang Lazat Dalam Perisa Kegemaran Anda

Sejak kebelakangan ini, tabiat makan telah berubah seiring dengan gaya hidup yang semakin sibuk, menjadikan rakyat Malaysia lebih mengambil tahu tentang apa yang mereka makan.  Menurut Kajian Pemakanan Orang Dewasa Malaysia (MANS) 2014, hampir separuh daripada rakyat dewasa Malaysia kerap makan di luar, sebahagian besarnya disebabkan gaya hidup yang sangat sibuk dan jadual kerja yang ketat.  Tabiat makan luar bermakna memilih cara yang menyenangkan dan kurang sihat berbanding pengambilan makanan seimbang yang disediakan dengan rapi.

MAGGI kini menawarkan penyelesaian untuk menangani dilema rakyat Malaysia dengan pelancaran Mi MAGGI OatMee.  Buat pertama kali di Malaysia*, MAGGI memperkenalkan kepingan mi kukus yang diperbuat daripada 51% oat bijian penuh dan 49% gandum protein tinggi dari Australia, dalam perisa kari sangat digemari dengan adunan 12 rempah ratus sebenar.  Produk ini adalah satu-satunya mi segera yang membekalkan 15% daripada pengambilan serat harian yang disyorkan untuk orang dewasa, lantas membawa kemajuan besar dalam pasaran Mi Segera Malaysia.

Memandangkan Mi MAGGI dengan perisa kari sudah sekian lama menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan peneraju pasaran sejak 1971, sememangnya wajar untuk melancarkan Mi MAGGI OatMee dengan perisa Mi Goreng Kari baru.  Kini rakyat Malaysia boleh mendapat sebahagian daripada keperluan serat harian mereka dalam mi segera dengan perisa kari yang mereka gemari.  Mereka yang menitikberatkan makanan seimbang kini boleh bertukar kepada Mi MAGGI OatMee, dan menambah bahan makanan segar kegemaran mereka untuk menyediakan sajian yang lazat dan berkhasiat dalam masa yang singkat.

Rosalyn Simba, Pengurus Eksekutif Perniagaan Makanan, Nestlé Malaysia dan Singapura, berkata, “Kami sangat teruja dengan Mi MAGGI OatMee kerana pengalaman menikmati makanan yang lazat dan seimbang kini lebih menyeronokkan.  Sebagai ibu, saya sendiri memahami dilema yang dihadapi oleh ibu-ibu lain untuk memastikan anak-anak mereka dapat menikmati makanan yang seimbang.  Saya percaya Mi MAGGI OatMee yang lazat dan sihat saling memanfaatkan bagi ibu-ibu dan juga keluarga mereka.”

Menerangkan wawasan Nestlé, Rosalyn Simba berkata, “Nestlé adalah Syarikat Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan global.  Kami menambah baik kehidupan dengan penyelesaian pemakanan dan kesihatan untuk semua peringkat hidup, membantu pengguna menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri mereka sendiri dan keluarga mereka.  Mi MAGGI OatMee membolehkan kami mencapai wawasan ini untuk pasaran Malaysia.”

Menyedari pentingnya serat makanan dalam diet kita, Cik Cher Siew Wei, Pengurus Kesejahteraan Korporat Nestlé dan Encik Georgen Thye, Ahli Majlis Persatuan Dietitian Malaysia (MDA) berkata, “Kajian Pemakanan Orang Dewasa Malaysia 2014 menunjukkan bahawa 94% daripada rakyat dewasa Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dengan secukupnya.  Kekurangan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijian penuh, serta kekerapan makan di luar menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak mendapat cukup serat makanan daripada diet mereka.  Hasil penyelidikan mendapati pengambilan serat di kalangan rakyat Malaysia hanya kira-kira 13g – 16g.  Ini tidak memenuhi keperluan pengambilan 20g – 30g sehari.  Oleh sebab serat makanan penting untuk menjaga kesihatan, terdapat keperluan segera untuk menjadikan pengambilan serat lebih relevan dan menyenangkan.”

Mi MAGGI OatMee membawa transformasi yang menjadikan semangkuk oat sajian makanan yang lazat, dan berjaya menyediakan cara baru yang menarik untuk pengguna menikmati sajian makanan yang lazat dan berkhasiat.  Setiap hidangan membekalkan 15% daripada pengambilan serat harian yang disyorkan, membolehkan semua orang menikmati khasiat kebaikan oat dengan perisa mi goreng kari MAGGI kegemaran ramai yang lazat.

Mi MAGGi OatMee kini boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar dan gedung runcit di seluruh Malaysia pada harga pengenalan RM6.99 untuk pek empat bungkusan.  Jadi, jika anda belum lagi mencuba kelazatannya, segeralah ke kedai yang berhampiran.

Untuk maklumat lanjut tentang MAGGI®, sila kunjungi laman web www.maggi.com.my atau www.facebook.com/MaggiMalaysia, atau hubungi Perkhidmatan Telefon Percuma Pengguna Nestlé di 1-800-88-3433 antara 8 pagi dan 8 malam dari Isnin hingga Jumaat.

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *