Maher Zain ‘Live In KL’ Di Stadium Merdeka Pada 16 Jun 2012

Selepas menggegarkan Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak pada 19 November lalu, penyanyi yang berjaya mencetus fenomena menerusi lagu berunsur ketuhanan iaitu Maher Zain akan kembali mengadakan konsert di sini. Kali ini lokasi yang menjadi pilihan adalah di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 16 Jun 2012, jam 8 malam.

Menariknya untuk konsert kali ini, penyanyi yang berasal Lubnan ni bukan saja menyanyikan lagu popularnya sebelum ini seperti InsyaAllah, Thank You Allah, Palestine Will Be Free dan Baraka Allahu Lakuma tetapi juga akan menyampaikan lagu dari album terbarunya yang berjudul Forgive Me, termasuk single pertama yang sedang mendaki carta iaitu Number One For Me.

Selain itu, Malaysia adalah negara pertama konsert jelajah Maher untuk mempromosikan album terbarunya itu. Dianjurkan oleh Marctensia Concerts dan Awakening Entertainment, pastinya konsert kali ini amat dinantikan peminatnya di sini. Lebih-lebih lagi yang terlepas menyaksikan konsert kali meganya iaitu Maher Zain Live in Concert – Mercy To Mankind di Stadium Malawati, Shah Alam yang berjaya mencuri tumpuan lebih 7000 peminat, sekitar Februari tahun lalu.

Bagi peminat Maher yang tidak sabar untuk menyaksikan konsert itu, tiket boleh didapati menerusi pembelian secara talian iaitu di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian 03-92228811. Mereka yang membeli awal berpeluang mendapat diskaun sebanyak 5% (kecuali tiket VIP) dan ia hanya boleh didapati jika peminat membeli pada tarikh 25, 26, 27, 28 dan 29 April ini.

Harga tiket yang dikenakan adalah seperti berikut : VIP, RM298, RM238, RM138 dan RM78. Khusus untuk pemegang tiket VIP, mereka berpeluang untuk mengambil foto secara berkumpulan bersama Maher Zain.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman facebook Marctensia Concerts Facebook fan page. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi penganjur di talian Marctensia Concerts – 032092 1199 atau layari laman sesawang www.marctensia.com

 

Check Also

Artis terkenal <NIGHT DANCER> imase akan datang ke Kuala Lumpur Untuk 1st Asia Tour “Shiki”

“𝘋𝘰𝘶 𝘥𝘦𝘮𝘰 𝘪𝘪 𝘺𝘰𝘶 𝘯𝘢 𝘺𝘰𝘳𝘶 𝘥𝘢𝘬𝘦𝘥𝘰”, anda pasti pernah mendengar lagu ini! Lagu popular …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *