Mari Meriahkan Pelancaran Visit Malaysia Year 2014

DSC03531

Pada 4 Januari 2014 ini akan diadakan pelancaran rasmi Tahun Melawat Malaysia 2014 (VMY2014) di Dataran Merdeka. Ia bakal disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin.Acara akan bermula dari jam 5.30 petang sehingga 11.30 malam.

Pada hari tersebut terdapat persembahan tradisional, pertunjukkan bunga api, konsert dari artis-artis tempatan seperti Nash, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza,Amy Search dan ramai lagi. Ia juga merupakan kali pertama pertunjukkan video mapping berlatar belakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad akan diadakan.Dijangka hampir 100,000 orang akan membanjiri Dataran Merdeka pada acara ini.

Pada tahun ini bakal diadakan 50 acara besar termasuk 200 acara menarik yang bakal disajikan kepada pelancong-pelancong yang berkunjung ke Malaysia. Pihak kementerian mensasarkan 28 juta pelancong bakal datang ke Malaysia pada tahun ini. Diantara acara-acara yang bakal diadakan padda tahun ini adalah seperti Colours of 1Malaysia, Magic Of The Night, Royal Belum World Drums Festival, Rainforest World Music Festival dan banyak lagi.

Sebuah laman sesawang www.vmy2014.com telah pun dilancarkan bagi memudahkan para pelancong untuk mendapatkan info-info terkini mengenai Malaysia.

Check Also

HONOR memenangi 45 Anugerah Media di MWC 2024

Jenama teknologi global HONOR telah menerima sejumlah 45 anugerah daripada media global semasa Mobile World Congress (MWC) 2024 di Barcelona, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *