Masih Bersama PLUS M, Bakal Lancar Produk Di Korea

Salam/Anyeong…. 

Terima kasih setulus hati buat peminat yang sudi mengirimkan Serunding Daging buat Oppa di sini. Alhamdulillah, Oppa dapat menikmatinya bersama senior dan mereka kata sedap dan mahu lagi.

IMG_2159
Hyunmin bersama replika seniornya dari YG Entertainment, Taeyang.

Oppa juga bersyukur, sahabat selebriti dari Malaysia iaitu vokalis kumpulan Muzzy & The Band yang baru saja melancarkan album baru Ogos lalu, iaitu Muzzy dan isterinya datang berkunjung ke Seoul untuk melancong sambil beraya bersama Oppa di sini. Muzzy juga membawa Sambal Tumis kiriman air tangan bonda Oppa.  Terima Kasih Mak!

Jadual Oppa pada minggu lalu sedikit fleksibel kerana warga Korea sibuk pulang ke kampung halaman untuk meraikan Chuseok bersama keluarga. Jadi, Oppa dapatlah beraya bersama Muzzy di sekitar Gangnam, Hongdae, Jongno dan banyak lagi tempat.   

IMG_2108
Hyunmin bersama patung yang menjadi ikon untuk muzik video sahabatnya, Lee Hi.

Syukur, Muzzy sangat gembira dan Insya-Allah, bakal ada percutian ke Korea bersama Oppa dengan melibatkan selebriti dari Malaysia dan juga peminat. Muzzy kata, percutian ini lain dari lain dan tidak seperti agensi perlancongan yang sedia ada. Rasa-rasanya ada tidak yang berminat mahu turut serta? 

Oppa banyak menerima soalan mengenai kumpulan Oppa iaitu PLUS M. Terus-terang, Oppa tidak boleh memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai persoalan tersebut. Ini kerana, pihak pengurusan lebih berhak dan sesuai menjawabnya.

Apa yang boleh Oppa katakan, Oppa masih lagi ahli kumpulan PLUS M bersama Chang Woo, D.U dan Dan Woo. Bagaimanapun, jadual kami banyak perbezaannya.

IMG_2160
Hyunmin menunjukkan kraftangan yang dibuatnya ketika dia mengunjungi KPOP-Mall.

Sekarang ini pula, Oppa sangat sibuk dengan persediaan untuk melancarkan produk di Korea tidak lama lagi. 

Diharapkan ianya berjalan lancar dan mendapat sokongan dari semua pihak. Kalau anda semua mahu tahu apa produknya, teruslah ikuti perkembangan Oppa di laman instagram HYUNMIN_A.

Jika anda ada pertanyaan yang ingin diberikan kepada Oppa, emelkan soalan tersebut ke hi@selebritionline.com. Oppa akan cuba menjawabnya sebaik mungkin

Check Also

TIPS: Lokasi Bulan Madu Dan Romantik Di Korea

Mungkin ramai sudah tahu, Pulau Jeju dan Pulau Nami merupakan destinasi menarik untuk di kunjugi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *