Me’nate Steak Hub lancar pakej buffet Ramadan 2019

Me’nate Steak Hub sememangnya sudah terkenal sebagai sebuah restoran yang berkonsepkan makanan barat yang terbaik di kalangan masyarakat Malaysia. Sempena Ramadan kali ini, Me’nate steak hub juga tidak ketinggalan turut serta dalam memeriahkannya dengan promosi buffet Ramadan. Kali ini Me’nate masih mengekalkan bufet ramadan untuk berbuka puasa yang menawar dan menyajikan sehingga 40 menu hidangan dari pelbagai pilihan makanan.

Mengekalkan konsep tradisi, Me’nate menawarkan menu steak dan barat sebagai pilihan utama sajian dengan ‘Istimewa Kambing Golek’ menjadi taruhan untuk memuaskan para pelanggan. Selain menu masakan barat, bagi memenuhi citarasa Ramadan, Me’nate juga menawarkan menu makanan tempatan lain seperti Nasi Briyani, Nasi Tomato, Mee Kari, Laksa, Mee Goreng/Kueh Teow yang digoreng panas dan sebagainya selain hidangan pencuci mulut kuih-muih tempatan. Setiap menu ini disediakan oleh Chef-Chef yang berpengalaman dan pastinya pilihan yang tepat dimana kesemua adalah mengikut kepelbagaian citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Me’nate.

Menariknya Pakej Bufet Ramadhan ini adalah ianya sangat berpatutan dan berbaloi iaitu hanya RM79.90 untuk dewasa dan RM39.90 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah tidak dikenakan bayaran.

Bagi pelanggan yang tidak dapat menyertai bufet ramadhan untuk berbuka puasa tetapi masih ingin menikmati Stik dan makanan barat di Me’nate, tidak perlu khuatir kerana selepas jam 8.30 malam Restoran Me’nate akan meneruskan operasi ala carte seperti biasa.

Kelainan dan keistimewaan RAMADAN 2019 kali ini bagi memenuhi permintaan pelanggan yang menggemari daging premium, Me’nate memperkenalkan juga pakej makanan barat premium iaitu hidangan FAMILY PLATTER. Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu SET A : PREMIUM FAMILY PACKAGE dan SET B: SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE dimana 1 set boleh dimakan 5-6 orang dengan tawaran harga yang sangat berpatutan dan setiap pakej tersebut boleh dinikmati seisi keluarga.

Terdapat sehingga 11 menu bagi setiap hidangan dalam FAMILY PLATTER ini dan pelanggan diberikan akses PERCUMA untuk menikmati hidangan bufet pemanis mulut@dessert. Hidangan FAMILY PLATTER ini pastinya mengekalkan kualiti penggunaan daging dan bahan-bahan yang digunakan untuk pelanggan merasai keistimewaan yang di tawarkan oleh Me’nate pada kali ini. Kepada pelanggan yang berkeluarga inilah masanya untuk menikmati serta merasai pengalaman berbuka puasa dengan hidangan enak yang disediakan oleh keluarga anda.

​​Bagi memeriahkan kempen ramadan kali ini juga, Me’nate telah melantik dua selebriti terkenal, Shuk Sahar dan Elly Mazlein @ Kak Lina Pom-Pom sebagai IKON ME’NATE bagi membantu mempromosikan PAKEJ BUFET RAMADAN dan FAMILY PLATTER. Pemilihan mereka sebagai ikon Me’nate adalah disebabkan keserasian mereka apabila bekerja bersama. Ramadan Preview kali ini turut menyaksikan kehebatan Syuk bergandingan Kak Lina Pom Pom menunjukkan bakat mereka didalam sesi memasak masakan makanan barat secara live.

Me’nate juga berbesar hati menjemput para syarikat atau badan-badan Korporat, syarikat persendirian dan individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me’nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Me’nate seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang Ramadan ini. Untuk itu diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat-starikat yang berminat.

Restoran Me’nate Steak Hub kini mempunyai 5 (lima) cawangan yang terletak di Setapak, Bangi, Ampang, Shah Alam serta di selatan negeri iaitu Johor Bahru. Kesemua cawangan ini menghidangkan pakej menu dan konsep yang sama untuk pelanggan berbuka puasa. Setiap cawangan Restoran Me’nate Steak Hub ada menyediakan fasiliti seperti surau yang selesa untuk para pelanggan menunaikan ibadah solat dengan selesa.

Tema: Me’nate BUFFET & FAMILY PLATTER
Jangkamasa: Sepanjang Ramadhan 2019
Caj : Dewasa – RM79.90 / Kanak-Kanak RM39.90 (Kanak-Kanak 5 tahun ke bawah PERCUMA)
Untuk tempahan sila hubungi/WA/SMS :
SETAPAK: +6019-3911 047
SHAH ALAM: +6019-4771 047
BANGI: +6019-2611 047
AMPANG: +6019-8795 947
JOHOR BAHRU: +6019-7510 347

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *