Minggu Setiausaha Bersama Judika,Cakra Khan dan Marcell

1

Tetapkan 1 April 2015 anda saksikan persembahan mantap daripada 3 artis ternama Indonesia dan barisan artis hebat Malaysia sempena raikan Minggu Setiausaha di Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana Kuala Lumpur.

Segmen pertama bakal menyaksikan persembahan daripada 3 penyanyi Indonesia bersuara luar biasa iaitu Judika, penghibur serba boleh yang sentiasa mempersonakan Cakra Khan serta pelantun jazz yang disenangi Marcell.Single Judika yang berjudul Aku Yang Tersakiti mendapat lebih daripada 12 juta tontonan di laman YouTube.

Cakra Khan yang baru saja dinobatkan sebagai Pendatang Baru Terbaik di Anugerah Muzik Indonesia sedang mencipta nama di Malaysia dengan bertambahnya peminat beliau yang digelar Cakraholic di sini. Lagu Harus Terpisah melonjakkan kepopularitian Cakra dalam masa yang singkat. Terbaru, lagu duet Seluruh Cinta bersama Diva Malaysia Dato’ Siti Nurhaliza sedang hangat diputarkan di stesen stesen radio.

Penyanyi bersuara lunak, Marcell yang popular dengan lagu lagu seperti Hanya Memuji, Semusim dan Takkan Terganti bakal memukau penonton di Malaysia. Beliau bukan saja mampu menyanyi, tetapi arif bermain drum dan mencipta lagu.

Selain meraikan setiausaha dan tetamu yang bakal hadir dengan persembahan hebat lagi bertenaga, acara makan tengahari Minggu Setiausaha Hotel Istana juga dianjurkan bagi memperkenalkan Novel Terbaik Tahun 2014 oleh Anugerah Buku Negara, Mutiara Hatiku Rafflesia yang ditulis oleh novelis Bill Bora.

 

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *