Nicole Scherzinger, SNSD & Kelis Sedia Gegar TWIN TOWERS @LIVE 2012 Hujung Minggu Ini!!!

Lupakan tentang Kylie Minogue. Waima Orianthi. Sebab? TWIN TOWERS @LIVE 2012 kembali! Sekaligus mengubati kekecewaan anda atas ketidakhadiran dua bintang Pop Australia itu. Maka dengan bangganya bakal ditampilkan artis antarabangsa, penyanyi-pelakon-model sensasi Nicole Scherzinger dan Kumpulan paling hangat Korea, SNSD (Sonyeo Shidae) atau di kenali juga sebagai Girls Generation bakal mengegar dataran KLCC pada 23 Mac ini!

Lebih tepat, konsert percuma selama dua hari iaitu 23 & 24 Mac, anjuran JoJo Events ni akan berlangsung di hadapan binaan ikon kemegahan negara kita, Menara Berkembar Petronas.Tidak ketinggalan bintang R&B Amerika, Kelis bakal beraksi sekaligus menghangatkan lagi pentas TWIN TOWERS @LIVE 2012 pada Sabtu.

Di samping turut menampilkan artis hebat tanah air seperti Faizal Tahir, Reshmonu, James Baum dan ramai lagi!

Jom ramai-ramai serbu KLCC dan memeriahkan Twin Tower @LIVE 2012! pada 23 & 24 Mac ini…

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *