Nikmati Sensasi Rasa Itali Di Pizza Hut

pic1

Apabila ia disediakan dengan setulus hati dan jiwa, rasanya sentiasa lebih enak; begitulah ungkapan yang menggambarkan promosi Rasa Itali, terbaru dari Pizza Hut. Promosi yang merangkumi sajian menarik resepi Itali, dari piza ke pasta dan juga ke pembuka selera, setiap hidangan menampilkan penggunaan keju Itali istimewa, doh yang diuli tangan, dan inti dari bahan-bahan segar yang berkualiti.

Dengan slogan “Nikmati sensasi rasa Itali“, promosi terbaru dari Pizza Hut kali ini diinspirasikan dari keistimewaan masakan Itali yang bukan sahaja dibuat setulus hati, malah dengan penuh kasih sayang, sepertimana kebiasaan orang Itali menyediakan hidangan mereka.

pic3

“Kali ini, kami telah kembali ke negara asal kelahiran piza, negara Itali, untuk memberikan anda kelazatan citarasa Itali. Dari keju Itali istimewa di atas piza gourmet hinggalah ke menu pasta yang tersedia dengan ramuan berkualiti tinggi dan  segar, setiap hidangan dihidangkan dengan ikhlas dari kami. Rasanya pasti lebih mempersona kerana ia disediakan dengan setulus hati dan sepenuh jiwa,” kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia.

“Masakan Itali bukan sahaja enak dimakan, malah lebih enak dinikmati dengan sepenuh hati. Sajian menu promosi Rasa Itali adalah inisiatif dari Pizza Hut untuk menghidangkan makanan yang tiada tolok bandingnya dari segi rasa dan kualiti khas bagi pelanggan-pelanggan setia kami untuk dinikmati bersama-sama keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang,” katanya.

pic4

Rasa Itali memperkenalkan piza flatbread dalam tiga citarasa enak. Penggemar ayam pasti akan menyukai Piza Ayam Florentine dan juga Piza Ayam Romano. Bagi penggemar daging lembu, Piza Daging Tuscan pasti akan memuaskan selera anda dengan hirisan ketulan daging enak.

Menyerlahkan lagi menu ini ialah pembuka selera seperti Bruschetta Italiano dan Bebola Daging Mama Mia, dan juga dua jenis pasta iaitu Fettuccine Krim Bawang Putih dan Spageti Ayam Pesto bagi penggemar pasta.

Untuk makan di restoran, Pizza Hut menawarkan promosi Rasa Itali dalam dua jenis set iaitu Signature Course yang menawarkan satu pilihan piza, satu pilihan pasta, satu hidangan Bruschetta Italiano kesemua dari promosi Rasa Itali dan dua gelas Pepsi. Kesemuanya pada harga RM32.90 (jimat RM15.20). Ultimate Course pula menawarkan dua pilihan piza, satu pilihan pasta, satu hidangan Bebola Daging Mama Mia kesemua dari promosi Rasa Itali, dan satu jag Pepsi pada harga RM59.90 (jimat RM26.50).

pic6

Promosi Rasa Itali juga ditawarkan melalui khidmat penghantaran atau bawa pulang melalui pembelian Big Italia Box yang mengandungi satu pilihan piza Rasa Itali, satu pilihan pasta Rasa Itali, lapan ketul Bruschetta Italiano, empat ketul drummet New Orleans, dan dua mangkuk sup harian; kesemuanya untuk harga yang berpatutan iaitu RM49.90 (jimat RM13.17). Menu Rasa Itali juga ditawarkan melalui Pair Deals dimana pelanggan boleh membeli dua piza saiz biasa yang terdiri daripada pilihan satu piza Rasa Itali dan satu pilihan Family Favourites Traditional pizza pada harga RM34.90 (jimat RM11.80).

Promosi Rasa Itali kini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut di negara ini untuk makan di restoran, penghantaran dan bawa pulang bermula dari 17 April 2014.

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *