Ning @KL Live pada 2 Disember 2011

Baru-baru ini telah berlangsung sidang akhbar Ning ย @KL Live yang bakal diadakan pada 2 Disember 2011.Konsert tersebut akan berlangsung selama 2 1/2 jam dari jam 8.30 malam hingga 11 malam.Ia berkonsensepkan Live Band. Ia adalah projek dibawah HappeNings (M) Sdn Bhd.

Ia merupakan konsert kedua ning selama 18 tahun beliau bergelar artis.Ia akan menampilkan lagu-lagu dari album terbaru Ning yang berjudul ‘DEWA’ serta lagu-lagu hit dari album-album terdahulu.Tenaga produksi untuk konsert kali ini ialah Ning Baizura sendiri selaku Penerbit dan Artis dan Chris Dalton sebagai Penerbit Eksekutif. Manakala Aylwin Santiago sebagai Pengarah Produksi serta Muzik dan Anthony Chow pula sebagai Jurutera Bunyi.Pentas untuk konsert pula direka oleh Raja Malik.Penaja Bersama bagi konsert ini pula terdiri dari Medishape,Universal Music,Hotel Seri Pacific KL serta ERA FM selaku stesen radio rasmi.

[media-credit name=”Pentas Ning@KL Live” align=”alignright” width=”300″][/media-credit]

Sebanyak 20 VIP Tiket perlu dimenangi untuk peraduan konsert ini. Ia juga termasuk barangan cenderamata Ning@KL Live ,yuran ahli Mediashape dengan rawatan percuma serta penginapan satu malam di Seri Pacific yang mana ia boleh digunakan pada malam konsert. Sila lawati www.era.fm untuk keterangan lanjut mengenai peraduan ini.Peraduan akan bermula pada 14 November 2011.

 

Tiket-tiket berharga RM150,RM160,RM200,RM225,RM250,RM275 serta RM300 boleh didapati di www.tickethotline.com.my , Rock Corner dan Ed Hardy Stores.

 

[mp_list_products paginate=”true” page=”1″ per_page=”10″ order_by=”price” order=”DESC” category=”produk-lelaki-2″]

 

Check Also

HONOR Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

HONOR Malaysia akan memperkenalkan empat peranti baharu di acara MAGICal Ria Raya pada 22 April …