ntv7 Turun Padang Sempena Projek Tanggungjawab Sosial Korporat

Elaine Daly smile and bring joy to the unfortunate city dwellers

Misi murni rancangan Bella Hopes yang bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada para penonton diteruskan dengan sebuah lagi usaha stesen itu dalam mengadakan projek tanggungjawab sosial korporat dengan kerjasama PERTIWI Soup Kitchen untuk membawa keceriaan kepada warga kota yang memerlukan.

THE Red Army- ready to serve the homeless and the unfortunate city dwellers.

Menariknya lagi, PERTIWI Soup Kitchen diusahakan oleh Puan Munirah Abdul Hamid iaitu salah seorang daripada lima orang wanita yang dipaparkan menerusi rancangan dokumentari Bella Hopes terbitan stesen ntv7 yang bertujuan untuk menyuntik semangat kepada para penonton untuk melakukan perubahan positif.

Distribution of clothes

Projek yang berlangsung pada 10 Mac itu diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan disertai oleh pengacara rancangan temubual Bella, Elaine Daly, pembaca berita Edisi 7 dan 7 Edition – Nina Jamil dan Melissa Ong serta kakitangan ntv7.

Antara sumbangan yang diberikan ialah dalam bentuk makanan yang akan diedarkan kepada masyarakat gelandangan dan jalanan sekitar ibu kota selain pemberian pakaian. Seiring dengan slogan Saluran Ceria Anda, stesen ntv7 juga membawakan aktiviti menarik seperti sesi ‘minimakeover’ dan acara menggunting rambut oleh pasukan artistik Derina buat beberapa warga kota yang terpilih bagi mengukir senyuman dan keceriaan kepada mereka yang memerlukan.

The clown appearance bring smile to the kids

Bermula 2 Mac yang lalu, ntv7 menyiarkan rancangan dokumentari khas sempena Hari Wanita Sedunia – Bella Hopes –  yang menyentuh kisah lima orang wanita yang penuh aspirasi untuk dijadikan tauladan dan menyuntik semangat penonton untuk mula melakukan perubahan positif tidak kira sama ada terhadap manusia, haiwan mahupun alam sekitar. Lima wanita tersebut adalah Puspa Rani, Pengasas Malaysia Independent Animal Rescue (MIAR), New Su Shern, dari Projek Liber8 iaitu seorang aktivis berkaitan isu anti pemerdagangan manusia, Munirah Hamid, Pengasas PERTIWI Soup Kitchen, Diana Rose, Pengasas ‘Lamin Dana’ yang mempertahankan seni kebudayaan dan Choo Poh Leem, seorang ahli biologi marin yang cuba memulihara alam sekitar.

Selain menonton kisah menarik kehidupan lima orang wanita berkaliber ini menerusi rancangan dokumentari Bella Hopes setiap hari Ahad, jam 8.30 malam, para penonton juga boleh menyaksikan temubual eksklusif bersama kelima-lima tokoh wanita ini di rancangan temubual Bella. Bella yang bersiaran setiap hari Isnin sehingga jumaat jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari akan mendedikasikan temubual eksklusif ini menerusi slot istimewa Bella Society setiap hari Selasa. Perantara bagi rancangan temubual ini adalah Elaine Daly, Daphne Iking dan Vanessa Chong. Manakala rancangan dokumentari itu pula akan menggunakan suara daripada setiap wanita itu sendiri sebagai teknik penceritaan yang lebih menarik. Bagi mereka yang terlepas menonton kedua-dua rancangan ini ketika disiarkan boleh menontonnya semula di www.tonton.com.my

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *