Nur Fathia Latiff Dedah Rahsia Rambut Sihat Bersinar

FathiaHoldingPantene3

Setelah sebulan menjalankan kempen di media sosial di mana pelakon Nur Fathia Latiff yang terkenal menerusi Nur Kasih dan Hani menarik perhatian para peminatnya di Twitter dan Instagram dengan berkongsi pratonton ringkas dari misi untuk memberikan rambutnya ‘Peluang Untuk Bersinar’ (#ChanceToShine), beliau akhirnya mendedahkan hasilnya ketika sesi perkongsian bersama media di Tanzini Upper Deck, G Tower.

Pada bulan Mei, Pantene menjemput Nur Fathia untuk menjalani cabaran #ChanceToShine dengan mencuci rambutnya menggunakan rangkaian syampu Pantene Pro-V dengan Teknologi Penghalang Kerosakan Keratin. Dengan menggunakan sains bagi mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan bersinar, Teknologi Penghalang Kerosakan Keratin bertindak dengan melindungi struktur protein atau keratin rambut dari dioksidakan atau dirosakkan oleh mineral yang wujud secara semula jadi di dalam air.

Setiap minggu sepanjang misi tersebut, Nur Fathia berkongsi perkembangannya bersama para peminat yang turut mendapat pratonton ringkas sesi penggambaran kreatif oleh Pantene untuk mempamerkan manfaat-manfaat menggunakan syampu Pantene Pro-V dengan Teknologi Penghalang Kerosakan Keratin.

Hasilnya akhirnya didedahkan pada hari Selasa apabila heroin Diandra itu memperlihatkan rambutnya yang menawan kepada pihak media melalui gambar-gambar dari sesi penggambaran rambut kreatif serta berkongsi pendapatnya mengenai syampu tersebut bersama para tetamu dan hos majlis, Belinda Chee. Nur Fathia juga menurunkan tandatangannya pada sebuah potret yang telah dibingkaikan dari sesi penggambaran tersebut.

“Sains di sebalik syampu ini benar-benar menarik perhatian saya. Biasanya kita hanya bimbang dengan apa yang boleh dilihat atau dirasakan, seperti haba dan kelembapan – siapa sangka mineral di dalam air boleh menjadi “musuh dalam diam” yang menghalang rambut dari kelihatan cantik? Saya juga sukakan wangian syampu-syampu ini,” kata Nur Fathia.

FathiaSigning2

“Misi #ChanceToShine saya untuk mendapatkan rambut yang cantik dan bersinar kini telah tercapai dan saya ingin menyeru semua orang untuk mencuba rangkaian baru Pantene Pro-V dengan Teknologi Penghalang Kerosakan Keratin. Bayangkan rambut anda akan menjadi semakin sihat dengan setiap cucian! Percayalah, anda pasti tidak akan menukar syampu lagi setelah mencubanya,” tambah beliau.

“Masalah rambut kusam dan tidak bermaya adalah sesuatu yang boleh difahami setiap wanita hari ini dan Pantene ingin menyediakan penyelesaian rambut yang inovatif kepada wanita Malaysia, bermula dengan memformulasikan Teknologi Penghalang Kerosakan Keratin yang unik ini ke dalam syampu-syampu Pantene Pro-V. Sudah tiba masanya untuk semua wanita Malaysia mengatakan tidak kepada rambut kusam dan memberikan rambut anda #ChanceToShine!,” kata Cik Goh Seng Jone, Pengurus Komunikasi P&G.

Rangkaian syampu Pantene Pro-V yang diformulasi semula dengan Teknologi Penghalang Kerosakan Keratin terdiri daripada varian Nourished Shine, Long Black, Silky Smooth Shine, Color & Perm Lasting Care, Daily Moisture Repair, Hair Fall Control dan Total Damage Care. Ia dijual pada harga RM9.90 (170ml) dan boleh didapati di semua cawangan runcit utama di seluruh negara.

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *