NurFatima Kembali Dengan Single ‘Mawar’

Nurfatima-314Penyanyi lagu ‘Selembut Sutera’ yang pernah popular sekitar awal tahun 2000 kini kembali dengan single terbaru bertajuk ‘Mawar’ setelah sekian lama menyepi daripada industri muzik tanahair.

“Nur rindu untuk menyanyi semula,” katanya ringkas.

Single ‘Mawar’ yang baru sahaja dilancarkan menyajikan alunan irama balada yang merupakan kekuatan NurFatima selama ini. Liriknya ditulis sendiri oleh beliau dan mendapat sentuhan magis komposer terkenal, Azlan Abu Hassan. Lagu ini bukan seperti lagu kisah percintaan yang biasa didengari tetapi mempunyai mesej yang lebih mendalam. ‘Mawar’ mewakili para wanita masakini yang sering berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup, jika tabah serta sabar menghadapi ujian dan memohon keampunan dari-Nya, Insya-Allah semua kesulitan dapat diselesaikan.

“Isu-isu semasa berkaitan wanita sering diperkatakan, rata-rata menceritakan masalah sosial yang semakin berleluasa. ‘Mawar’ merupakan mesej kesedaran yang cuba Nur sampaikan dalam lagu,” tambahnya lagi.

Setelah mendirikan rumahtangga bersama jejaka warga Australia, Geoffrey Wainright pada Mei 2013, Nur mengambil keputusan untuk menetap di Canberra, ibu kota Australia di mana suaminya bekerja sebagai kakitangan kerajaan.

“Sebulan sebelum menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Produksi Audio di School of Audio Engineering (SAE) Institute, Sydney, Nur telah bertemu dengan Jeff dan 6 bulan kemudian kami bercadang untuk mengikat tali pertunangan and the rest as they say is history. Suami yang banyak mendorong Nur untuk terus aktif dalam bidang nyanyian selain peminat yang sering bertanyakan bila agaknya Nur akan mucul dengan single terbaru dan mungkin sudah tiba masanya,” seloroh beliau.

https://www.youtube.com/watch?v=GKIvb1-wxLw

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *