OPPO MALAYSIA Raikan Raya Bersama Kanak-kanak RUMAH SAFIYYAH

OPPO Malaysia, syarikat telefon pintar antarabangsa terkemuka, melancarkan kempen tanggungjawab social korporat baru-baru ini bagi menunjukkan usaha berterusan dalam sumbangan kepada masyarakat. Minggu lepas, kakitangan OPPO Malaysia diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam lawatan ke Rumah Safiyyah, rumah perlindungan bagi kanak-kanak dan wanita yang kurang bernasib, bagi memenuhi komitmen dalam penyumbangan semula kepada komuniti.

Figure 2 Story telling Session with the Kids

“Sejak penubuhan OPPO di Malaysia, kami telah menjalankan pelbagai aktiviti sebegini secara konsisten bagi menggalakkan kakitangan kami dalam memahami dan menghayati nilai-nilai masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. Melalui kempen ini, kakitangan dan sukarelawan telah diberi peluang untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, justeru menggunakan pengalaman tersebut dan menerapkannya apabila melayani pelanggan. Kami juga menggesa orang ramai dan sukarelawan untuk meneruskan usaha mereka dalam menyokong kami dalam memupuk nilai kasih sayang dalam komuniti yang berbilang bangsa ini,” kata Chen Lu, Pengurus Jenama, OPPO Malaysia.

IMG_0882+1026

Chen juga menambah yang OPPO Malaysia akan terus menyumbang kepada yang kurang bernasib baik. “Kami mengambil berat tentang masyarakat dan telah merancang untuk melancarkan lebih banyak kempen sebegini, termasuk kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.”

IMG20150704195250

Selain daripada melawati Rumah Safiyyah, syarikat tersebut juga telah menyumbang sebanyak RM5,000 kepada Food Aid Foundation di mana makanan akan disediakan dan diberikan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.oppo.com/my

Check Also

AirAsia bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia

AirAsia Malaysia (AK) bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *