Pantau Anak-Anak Agar Tidak Terpedaya Hasutan Luar

image9PUTRAJAYA, 2 Mac: “Saya meminta agar ibu bapa sentiasa mengawasi serta memantau perkembangan anak-anak mereka dengan lebih kerap agar tidak mudah terpedaya dengan hasutan luar yang boleh merosakkan masa depan mereka,”demikian kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berhubung cubaan pelajar perempuan yang ditahan kerana cuba menyertai kumpulan militan IS di Syria, baru-baru ini.

Beritahu Rohani lagi, ibu bapa pelajar perempuan yang ditahan kerana cuba menyertai kumpulan militan IS di Syria, masih belum bersedia untuk menerima perkhidmatan kaunseling.

”Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah berjumpa dengan ibu bapa pelajar berkenaan tetapi mereka enggan menjalani perkhidmatan kaunseling kerana menganggap perkara yang terjadi itu sesuatu yang peribadi.

“Kementerian berjumpa kerana ingin mencari jalan untuk mengatasi trauma yang dihadapi, tetapi, kami tidak memaksa mereka dan akan mengikuti kehendak mereka.

“Lagipun, kes ini masih di bawah siasatan polis. Namun, apa-apa pun, kita tunggu. Apabila ibu bapa bersedia dan memerlukan kaunseling, pintu kementerian sentiasa terbuka dan kami ada di sini.

“Kemungkinan ibu bapa pelajar itu takut untuk bercakap dengan kaunselor dan menganggap perkara yang akan dibincang nanti akan digunakan terhadap mereka memandangkan kes masih disiasat polis,” katanya.

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *