Pelancaran Jualan Tiket Konsert “ME. I AM Mariah ‘Live di Malaysia 2014

MARIAH_Backdrop_FACS3-v4

IME Productions dengan bangganya mengumumkan penganjuran konsert ‘ME. I AM Mariah’ Live di Malaysia 2014. Konsert ini yang disokong oleh Malaysia Major Events, agensi Kementerian Pelancongan & Kebudayaan, Malaysia bakal diadakan pada 22 Oktober 2014 di Stadium Merdeka, jam  8 malam. Selepas mengadakan persembahan di Kuala Lumpur sedekad lalu, Mariah kembali ke negara ini dengan lebih banyak lagu hit untuk dikongsi bersama peminat.

Acara pelancaran jualan tiket akan diadakan pada hari Ahad, 17 Ogos 2014 bertempat di Aras UG Upper Atrium, Paradigm Mall mulai jam 11 pagi hingga 7 malam. Pembeli paling awal akan menikmati diskaun sebanyak 10%. Harga tiket yang dikenakan adalah RM680 untuk VVIP (tempat duduk bernombor), RM580 (tempat duduk bernombor), RM480 (tempat duduk bernombor), RM380 (tempat duduk bernombor), RM280 (tempat duduk bebas) dan RM120 (tempat duduk bebas). Pembelian secara dalam talian boleh dilakukan mulai 18 Ogos menerusi ejen jualan tiket rasmi iaitu www.ticketcharge.com.my atau menghubungi talian hotline TicketCharge iaitu  +60392228811. Untuk maklumat lanjut berhubung serta jualan tiket bolehlah menghubungi talian hotline IME Productions iaitu 011-23166198.

Sebagai diva dan juga seorang ikon tersohor, Mariah Carey adalah artis wanita paling laris sepanjang masa dengan lebih daripada 250 juta album terjual sehingga ke hari ini, serta lagu ciptaaanya menduduki carta teratas  Billboard sebanyak 18 kali, termasuk ‘Fantasy’, ‘Always Be My Baby’, ‘Hero’, ‘Touch My Body’, ‘One Sweet Day’, ‘Without You’, ‘We Belong Together’ serta single sempena Krismas yang mendapat sambutan hebat di seluruh dunia, ‘All I Want For Christmas Is You.’

Mempunyai nada vokal yang sangat unik dan berbeza sehingga mencecah lima oktaf, penulis lagu prolifik serta berkebolehan sebagai penerbit, Mariah Carey menyerlahkan makna sebenar pop moden. Sebagai seorang penyanyi, penulis lagu dan penerbit, beliau telah diiktiraf dengan lima Anugerah Grammy, sembilan Anugerah Muzik Amerika, Artist Sedekad oleh Anugerah Billboard, Anugerah World Music  bagi  kategori “Artis Wanita Milenium Dengan Jualan Terunggul serta Anugerah Ikon BM.

Pada tahun 2012, selepas melahirkan bayi kembarnya, beliau menyertai panel juri program American Idol musim ke-12 dan mengungguli carta di seluruh dunia menerusi single ‘Triumphant (Get’ Em)’. Mariah turut membintangi filem ‘The Butler’, sebuah filem oleh Lee Daniels. Beliau sebelum ini

pernah menampilkan Mariah Carey dalam filem ‘Precious’ sehingga penyanyi itu diberi penghargaan yang belum pernah diterimanya sebelum ini atas lakonannya yang sangat dramatik.

Tahun ini, Mariah mengeluarkan album studio ke-14 beliau, ‘Me. I Am Mariah…The Elusive Chanteuse’ bersama Universal Music. Album ini mempunyai lagu menarik seperti ‘Beautiful’ (featuering Miguel), ‘Make It Look Good’ dan ‘Camouflage’ yang kini sedang mendaki carta muzik di seluruh dunia.

Peminat di Malaysia kini sudah boleh bersedia untuk sebuah persembahan yang memukau apabila penyanyi wanita Amerika yang sukar ditandingi ini menebarkan rasa cintanya, rangkaian lagu hits yang hebat dan single baru yang luar biasa khusus untuk berjuta peminat yang selama ini begitu setia memujanya.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook IME http://www.facebook.com/imepmy atau laman web TicketCharge www.ticketcharge.com.my

MC _MERDEKA_SEATINGv2-01

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *