PELITA LUSOH lahirkan ‘KEMBARA NABAWI” bersama produk penjagaan ALI ZAHRAA “MADEENA”

Setelah hampir setahun bersama bekerja keras maka terlahirkan Produk MUSLIM UNGGUL ALI ZAHRA “MADEENA” dan sesuatu yang baru bagi PELITA LUSOH kerana melangkah setapak lagi ke dalam Dunia Produk Penjagaan Kulit. Dengan ini, sekali lagi ASIA EMPIRE RECORDS dan PELITA LUSOH PRODUCTIONS telah 2 tahun beroperasi dan mereka mempunyai STUDIO RAKAMAN, PENGURUSAN ARTIS, PRODUKSI MUZIK VIDEO, ARTIS NAUNGAN dan pelbagai lagi.

Telah tiba masanya PELITA LUSOH kembangkan perniagaan mereka dengan sesuatu yang baru. Didalam masa yang sama ASIA EMPIRE RECORDS dan PELITA LUSOH PRODUCTIONS dalam Perancangan untuk menghasilkan sebuah FILEM dan DRAMA BERSIRI.Diantara rakan Selebriti yang turut hadir ialah Kuza, Sheila Mambo, Aina Abdul, Izreen Azminda, Datin Seri Noniswara, Badrul Muhayat dan Nasir Search.

Asian Empire Records dan Ali Zahra Holdings Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Pelancaran Produk Penjagaan Kulit ALI ZAHRAA “MADEENA” & LAGU “KEMBARA NABAWI” PELITA LUSOH serta Video Rasmi di Grand Millenium Hotel Kuala Lumpur.

ALI ZAHRA HOLDING SDN BHD (ALI ZAHRA) Adalah satu (1) Entiti Korporat Pengeluar dan Pemasar Produk Kesihatan dan Kecantikan. Sebuah Syarikat yang mempunyai Pengalaman luas dalam Bidang Produk Kesihatan Semenjak Tahun 1998.

Semenjak 3 Tahun yang lepas, Penjenamaan Semula ALI ZAHRA, SEKALI lagi menggegarkan Pasaran dan telah menjadi Fenomena di Malaysia dengan Kelahiran ZAHRA AROMA THERAPHY OIL GEL THERAPHY dan SERUM MADEENA dan lain-lain. ALI ZAHRA mempunyai lebih dari 300 ribu Pelanggan di seluruh Malaysia.

Kali ini ALI ZAHRA “MADEENA” sekali lagi akan menggegarkan Pasaran Produk Kecantikan Kulit dengan Kerjasama penuh bersama PELITA LUSOH. Kini PELITA LUSOH menjayakan Produk Terbaru ALI ZAHRA “MADEENA” bukan sebagai Duta akan tetapi sebagai Rakan Kongsi untuk bersama melayakkaย  Produk ALI ZAHRA ke Pasaran ASIA.

PELITA LUSOH – “KEMBARA NABAWI”

BERSAMA Dengan Produk ALI ZAHRA “MADEENA” PELITA LUSOH telah melahirkan sebuah LAGU yang berjudul “KEMBARA NABAWI”. LAGU ini ditulis oleh FJ MUZIK dan telah digubah sepenuhnya oleh PELITA LUSOH. RAKAMAN SINGLE ini juga menampilkan Pemuzik jemputan seperti DAUS dari Kumpulan (DRAMA BAND) sebagai Pemain BASS & Rudy dari Kumpulan “NASTIA” untuk Bunyian Strings.

Rakaman dan Adunan sepenuhnya di ASIA EMPIRE RECORDS STUDIO. Penulisan LAGU ini menceritakan tentang Perjuangan dan Kehidupan RASULLULLAH SAW.

https://www.youtube.com/watch?v=_V7Z0Ey90B0

LIRIK VIDEO RASMI KEMBARA NABAWI

Pengambaran Rakaman Pembikinan LAGU KEMBARA NABAWI dijalankan di ASIA EMPIRE RECORDS STUDIO, sepenuhnya semasa sesi RAKAMAN LAGU tersebut. Keseluruhan PRODUKSI LIRIK VIDEO ini adalah oleh ASIA EMPIRE RECORDS. LIRIK ini dilancarkan secara Rasmi pada 29 Julai 2020 Jam 8.30 Malam di saluran YOUTUBE Rasmi ASIA EMPIRE RECORDS.

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *