PENCARIAN WANITA MELAYU 2017

Pertandingan Pencarian Wanita Melayu 2017 kembali sebagai satu acara tahunan yang dinanti-nantikan  oleh para peserta. Sekali lagi bertempat di Plaza Shah Alam, Selangor, pertandingan khas untuk wanita Melayu di luar sana bagi membuktikan diri mereka adalah wanita Melayu yang moden namun tetap mendukung ciri-ciri sebagai seorang wanita Melayu sejati.

Pertandingan Pencarian Wanita Melayu 2017 juga bertujuan untuk menonjolkan wanita Melayu yang berjaya dalam dunia alaf baharu tetapi tetap mengingati dan seterusnya, mewarisi budaya dan tradisi kemelayuan yang tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.

Acara yang bakal diadakan secara gilang gemilang pada bulan Mei nanti dikekalkan sejajar dengan beberapa sambutan yang meraikan golongan hawa yang jatuh pada bulan Mei, antaranya sambutan Hari Ibu, Hari Jururawat serta Hari Guru. Oleh itu, pihak penganjur Pertandingan Pencarian Wanita Melayu 2017 membuat keputusan  untuk mengadakan pertandingan pada 29 April ini di peringkat separuh akhir. Pertandingan akhir pula bakal berlangsung pada 6 Mei 2017 ujar Puan Azura selaku Pengurus Kanan Plaza Shah Alam.

Ini merupakan tahun ke empat berturut-turut pertandingan Pencarian Wanita Melayu anjuran Plaza Shah Alam. Plaza Shah Alam turut bekerjasama dengan YannRifft Resources untuk membantu menguruskan acara yang berprestij ini.

Penyertaan telah pun dibuka kepada peserta yang berminat dengan sesi uji bakat yang akan diadakan pada 9 April 2017 di Kraftangan Malaysia dan 16 April 2017 di Plaza Shah Alam di mana peserta mestilah berusia 18 tahun sehingga 30 tahun dengan ketinggian minima 160 sentimeter tanpa berkasut dan bersaiz tubuh S atau M.

Seterusnya para peserta akan melalui peringkat separuh akhir dan hanya 30 peserta yang layak akan terpilih, sebelum 10 peserta terpilih ke peringkat akhir yang akan dijadualkan berlangsung pada 6 Mei 2017 nanti.

Pertandingan ini juga berjaya menarik penaja-penaja ternama seperti Habib Jewel, Ice-Watch, TEG Vacations Berhad dan Kraftangan Malaysia untuk menyemarakkan lagi Pencarian Wanita Melayu 2017 kali ini.

Pengacara PWM2017 Yasmin Hani

Evergreen Venues Sdn. Bhd. (Pihak Pengurusan Plaza Shah Alam) tampil sebagai penaja utama dengan hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM3,000, tempat kedua disediakan wang tunai sebanyak RM2,000 manakala pemenang tempat ketiga, tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya disediakan hadiah wang tunai berjumlah RM1,000.

Pertandingan Pencarian Wanita 2017 turut membuka peluang untuk merebut gelaran “Miss Personality”. Peserta yang terpilih bakal merangkul hadiah wang tunai sebanyak RM500 manakala pemenang “Miss Photogenic” berpeluang membawa pulang RM500.

Habib Jewel sebagai salah satu penaja, bermurah hati untuk menaja seutas rantai emas dan loket bernilai RM5,000 sebagai hadiah utama, dan seutas rantai emas dan loket bernilai RM3,000 bagi tempat kedua dan tempat ketiga, seutas rantai emas dan loket bernilai RM2,000.

Ice-Watch turut menaja seutas jam tangan jenama Ice-Watch, untuk tempat pertama, ICE crystal dan 1 ICE chic bernilai RM2,128, tempat kedua dan ketiga, masing-masing bakal menerima seutas  jam ICE crystal bernilai RM1,529. Ice-Watch tidak menghampakan para peserta akhir yang lain kerana mereka juga akan menerima seutas jam ICE madame bernilai RM669.

TEG Vacations menaja pakej percutian ke Vietnam, Bali atau Bandung dan Pulau Langkawi,  3 hari 2 malam untuk dua orang.

Kraftangan Malaysia turut menyediakan tempat untuk sesi uji bakat untuk separuh akhir dan akhir dan juga persalinan untuk 30 perserta separuh akhir dan 10 peserta akhir.

*Kredit photo Papadin

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *