Pengarah drama Joeza Rasidi meninggal dunia

JOEZA.transformed

Pengarah drama, Joeza Rasidi, 40, meninggal dunia di Hospital Putrajaya akibat sakit kepala, 7 pagi tadi.

Joeza atau nama sebenarnya Nor Jauza banyak mengarahkan drama bersiri popular antaranya Jangan Ambil Padang Kami lakonan Izreen Azminda, Soffiya (Tiz Zaqyah) dan Mana Hilangnya Juwita lakonan Erra Fazira, Umie Aida dan Lisa Surihani.

Drama Jangan Ambil Padang Kami terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd muncul pemenang kategori Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2012 lalu.

Bapanya, Rasidi Sabri, 69, berkata, anaknya itu mengadu sakit kepala minggu lalu sebelum mereka membawanya ke Hospital Putrajaya.

โ€œHasil pemeriksaan, doktor memaklumkan punca sakit kepalanya bermula dari dua batang giginya yang rosak. Saluran gigi itu ada sambungan ke saraf kepala menyebabkan dia mengalami sakit.

โ€œKeputusan dibuat dengan mencabut giginya tetapi sakit itu tidak sembuh juga. Doktor juga minta untuk lakukan pembedahan, namun kami tidak benarkan,โ€ katanya.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru Batu 14, Puchong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong petang ini.

Sumber – Harian Metro

Check Also

CSA Academy Lantik Ziana Zain Sebagai Duta Rasmi Kerana Kredibiliti, Integriti & Semangat Juang

Meyakini kredibiliti dan integriti seorang Ziana Zain yang sudah mencetak sejarah dalam dunia hiburan tempatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *