Perkahwinan SITI JAMUMALL Mendapat Tajaan Setengah Juta Ringgit

Kecoh semalam di alam maya kisah seorang hamba Allah yang menerima tajaan perkahwinan sehingga RM500 ribu hanya kerana kepetahannya mempromosikan produk-produk secara Live di platform media sosial, Facebook

Bak kata pepatah melayu, ‘tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Itulah yang berlaku kepada gadis kecil comel Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai SITI JAMUMALL yang mendapat tajaan sempena majlis perkahwinan beliau dan pasangannya Syafiq, sehingga setengah juta ringgit.

Pada mulanya beliau hanya merancang untuk membuat majlis resepsi dalam skala biasa secara kecil-kecilan, namun tidak menyangka setelah memuat naik satu perkongsian status di Facebook beliau mengenai majlis resepsi tersebut, Siti terus dihujani panggilan serta pesanan Whatsapp daripada pengasas-pengasas produk, pemilik kedai dan pelbagai lagi yang menyatakan hasrat untuk menaja majlis resepsi beliau.

Majlis resepsi tersebut dihadiri lebih 2000 orang jemputan yang terdiri dari kenalan , sanak saudara dari kedua-dua belah pihak serta pihak media yang terdiri dari wartawan dan blogger. Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan oleh pemenang One In A Million, Ayu Damit dan disiarkan secara lansung melalui platform Facebook Jamumall.com

Antara penaja yang menaja majlis resepsi Siti Suriani terdiri dari  pengasas produk, pemilik butik serta pengusaha seperti Dlia Jean Bridal yang menaja busana pengantin, Wedding by Emma yang menaja deko majlis dan pelamin serta beberapa selebriti ternama yang pernah mendapatkan khidmat Siti JamuMall antaranye CHE TA, FAIZAL FBI, SHUlB , SARAH RAlSU DIN, SHERRY iBRAHlM , SHAHRUL RlDZUAN, DAN LANA NORDIN .

Senarai penaja serta tajaan:

  1. Pelamin dan Hiasan Dewan dari Weddings by Emma

  2. Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection

  3. Grand Cake dari Mad About Cake

  4. VIP Menu dari Rumpun Selera

  5. Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty

  6. Jamu dari Seri Lady Empire Resources

  7. Tudung Bawal Bridesmaids dari Gallery Bawal

  8. Kain Pasang Diamond dari lrahsukri

  9. Telekung dari Pretty Aini

  10. Set Solekan dari Zacthira Naviilionniza

  11. Skarf dari Scarf By Mehrun

  12. Printed Box dari Art Creation Printing

  13. Minyak Wangi dari Luxe Essencia Resources

  14. Pakej Bulan Madu dari Arwarna Resort

  15. Joker Cendolz

  16. Rempah Ratus Mak Siti

  17. Aiskrim Viral

  18. Satay Ros Viral

  19. Apam Balik by The Vaggies

  20. ChefNarKitchen Mee Kari

*Foto diambil dengan #HuaweiP30Pro

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *