Perlu Sokongan Laman Sosial Untuk Contohi Formula iKON

Salam/Anyeong…

Sejujurnya, Oppa sangat terharu dengan sokongan anda semua sejak Oppa mula menulis kisah Oppa menerusi portal selebritionline. Alhamdulillah, Oppa banyak menerima respon yang positif. Insya-Allah, Oppa akan cuba membawa imej Malaysia dengan baik di sini.

Dalam pada itu, Oppa juga bersyukur kerana ada yang sangat prihatin dengan memberikan komen negatif. Bagaimanapun, Oppa tidak berhak untuk menghalang mereka dari terus prihatin kerana Oppa tahu, mereka belum mengenali Oppa dan belum tahu hakikat kehidupan dalam arena K-POP. 

Hyunmin diberi peluang menggali ubi kentang Korea.
Hyunmin diberi peluang menggali ubi kentang Korea.

Dua bulan saja lagi, 2015 akan melabuhkan tirai, namun Oppa memohon maaf kerana sehingga saat ini Oppa masih belum tahu tarikh sebenar untuk Oppa dan kumpulan Oppa iaitu PLUS M debut di Korea. 

Pihak pengurusan ada meletakkan syarat-syarat tertentu untuk debut, namun tidak semuanya Oppa boleh kongsi. Walaupun kami akan debut di Korea, kami amat memerlukan sokongan dari peminat antarabangsa.

Antaranya topik yang seringkali diperbincangkan mengenai debut ialah…seandainya laman SNS (Sosial) Oppa mendapat sokongan yang banyak, berkemungkinan besar tarikh debut akan disegerakan.

Pengurusan memberi contoh impak yang diterima sahabat baik Oppa iaitu Bobby yang baru saja debut dengan kumpulan iKON. Oppa dimaklumkan, mereka debut kerana mendapat permintaan yang terlalu banyak di laman sosial terutama sekali daripada peminat antarabangsa.   

Kesemua peserta terhibur dengan keletah Hyunmin beraksi di hutan Buluh.
Kesemua peserta terhibur dengan keletah Hyunmin beraksi di hutan Buluh.

Oleh itu, kreadibiliti Oppa atau trainee di sini diuji bukan saja di nilai menerusi bakat suara dan tarian saja, kami juga dinilai sama ada mampu menarik perhatian di laman sosial.

Jadi, Oppa berharap kepada anda semua teruslah menyokong Oppa dengan mengikuti perkembangan Oppa di laman SNS terutama sekali laman Instagram (Hyumin_A).

Anda juga boleh memberikan idea anda untuk Oppa dan PLUS M kepada syarikat rasmi dari Malaysia yang menguruskan kami dengan menghantarkan emel kepada meraki.international@gmail.com.

Hyunmin sempat bermain bersama kanak-kanak di taman Damyang.

Dek kerana itu juga, pengurusan mengatakan selagi Oppa belum debut, rebutlah peluang untuk mengenali kehidupan sebagai orang Korea. Semakin hari, jadual Oppa bukan saja sibuk dengan latihan, Oppa juga perlu menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan. 

Terbaru, Oppa yang aktif dengan aktiviti volunteer telah dipilih untuk menikmati percutian di Jeollanamdo iaitu 3 jam jauhnya dari Seoul. Banyak perkara menarik berlaku. Oppa akan kongsikan kepada anda.

Seandainya anda ada sebarang pertanyaan, emelkan pertanyaan anda ke hi@selebritionline.com.

 

Check Also

TIPS: Lokasi Bulan Madu Dan Romantik Di Korea

Mungkin ramai sudah tahu, Pulau Jeju dan Pulau Nami merupakan destinasi menarik untuk di kunjugi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *