Excella Chong, Singer. Dato’ Sri Liow Soon Hee, Kuan Chee Heng, President, Community Policing Association of Malaysia and Adrien Yen, Partner of Community Policing Association of Malaysia

Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia & Yayasan Winner Emperor Sedunia Derma 76,920 Topeng Perlindungan Pernafasan

Dato’ Sri Liow Soon Hee melalui Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia bersama sama dengan sokongan salah seorang selebriti, penulis lagu dan penyanyi, Excella Chong, telah berjaya mendermakan sejumlah 76,920 topeng perlindungan pernafasan dan bekalan perubatan kepada kawasan penempatan yang dijangkiti wabak COVID- 19 di China. Tujuan sumbangan ini diadakan adalah untuk membantu mengawal penularan wabak berkenaan di China.

Topeng perlindungan pernafasan dan sejumlah bekalan perubatan telah dihantar melalui helikopter dari Jepun dan Malaysia ke kawasan yang dijangkiti virus COVID-19 di China, dan telah diserahkan kepada Hospital Universiti Wuhan Renmin, Hospital Besar Henan Oil Field Nanyang, Hospital Besar Nanyang, Hospital Rakyat Bose City, dan beberapa hospital lain yang telah tersenarai. Sejajar dengan penularan wabak itu, Dato’ Sri Liow Soon Hee dan pasukannya telah bekerja keras dan cekap dalam proses penyediaan serta menghantar topeng perubatan, termometer, air pembasmian kuman, ubat-ubatan dan lain-lain bekalan perubatan untuk dihantar kepada kawasan yang berkaitan.

Excella Chong, Singer. Dato’ Sri Liow Soon Hee, Kuan Chee Heng, President, Community Policing Association of Malaysia and Adrien Yen, Partner of Community Policing Association of Malaysia

Menurut Dato’ Sri Liow Soon Hee, “Kami sangat menitik berat soal isu wabak yang melanda kini dan pihak kami sering mengikuti perkembangan terkini terhadap wabak COVID-19 di China. Sejurus itu, pihak kami akan terus menerus membuat sumbangan dan pembelian bekalan perubatan seperti yang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk mengatasi dan mencegah wabak berkenaan. Kami begitu berharap agar sedikit derma serta sokongan perubatan dan emosi yang kami sumbangkan ini, mampu memberikan inspirasi serta menaikkan semangat mereka yang terkesan di kawasan yang terjejas dengan wabak untuk terus bersemangat dalam menempuh kehidupan terutama di masa-masa sukar ini.

Kami akan terus menerus menjalankan pemerhatian kami terhadap kawasan yang terjejas untuk beberapa minggu lagi. Sementara itu, saya ingin mengajak setiap badan organisasi lain untuk turut sama dalam menghulurkan bantuan bagi menentang wabak dan pada masa yang sama, dapat menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan”.

Dato’ Sri Liow Soon Hee mengakui bahawa beliau yang sering mengadakan hubungan rapat niaga bersama China (terutamanya bandar Xingyi dan Wuhan) dalam tempoh sedekad yang lalu, turut menegaskan bahawa perubahan ekonomi negara China akan memberikan impak terhadap ekonomi di seluruh dunia, terutama Malaysia. Beliau yang telah menjadi usahawan pada usia 27 tahun di dalam pelbagai industri, termasuk platform e-Commerce, platform Internet mudah alih, reka bentuk rangkaian, pelancongan pembangunan perisian, multimedia dan banyak lagi di seluruh Asia Tenggara telah menyelaraskan perniagaan dan prinsip beliau untuk menyumbang kembali kepada masyarakat terutama kepada pelbagai komuniti di seluruh dunia.

Ambulans

Sejak penubuhan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia, Dato’ Sri Liow Soon Hee telah berjaya melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti sumbangan sebuah kenderaan Ambulans baru kepada Pertubuhan Kepolisan Komuniti Malaysia, sumbangan bulanan sebanyak RM10,000 kepada Pusat Kanak-Kanak Orang Kurang Upaya & Mental, Melaka (setakat ini telah terkumpul sejumlah RM460,000), sumbangan RM500,000 untuk pembinaan dan baik pulih Kuil Sri Maha Muniswarar di Ampang Jaya, sumbangan RM900,000 untuk menyokong pembangunan Sekolah Antarabangsa berprestij di Malaysia, sumbangan RM300,000 kepada Ti-Ratana Charity Home dan banyak lagi.

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *