Pesta Filem Hungary 2.0 kembali lagi dengan tayangan percuma 2019 ini

Susulan kejayaan penganjuran pada tahun lepas, Kedutaan Hungary di Kuala Lumpur dengan kerjasama Golden Screen Cinemas dan Cinema Online dengan bangganya mempersembahkan Pesta Filem Hungary 2.0 2019 kepada penggemar filem di Malaysia. Edisi 2019 ini ialah salah satu daripada tumpuan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Hungary dan Malaysia.

Berbanding hanya di Kuala Lumpur sebelum ini, kali ini pesta tersebut akan menemui peminat pesta filem di Pulau Pinang dan Sarawak. Sebanyak empat buah filem yang memenangi anugerah telah dipilih dengan 16 tayangan percuma disusun untuk peminat pesta filem menikmati dan mempelajari filem, budaya dan negara Hungary dengan lebih lanjut.

Dengan memperkenalkan khazanah tradisi sinematiknya, Pesta Filem Hungary 2.0 diharap mampu mempromosikan negara dan budaya Hungary kepada rakyat Malaysia. Melaluinya, hubungan antara kedua-dua negara dapat dikukuh dan dieratkan.

Oleh itu, GSC telah mengatur masa tayangan percuma filem-filem Hungary di GSC Pavilion KL (21-23 Jun), GSC Gurney Plaza (29 dan 30 Jun) dan GSC CityOne Megamall, Kuching (6 dan 7 Julai).

Miss Naseem Randhawa (Cinema Online), His Excellency Attila Kali (Ambassador from Hungary to Malaysia), Mugen Rao (Special Guest for Hungarian Film Fiesta 2.0), Miss Tan Gaik Lian (GSC Film Festival Manager

Peminat yang ingin mendapatkan tiket filem Hungary secara percuma hanya perlu ke pawagam GSC yang menyertai dengan menunjukkan sama ada salinan cetakan mana-mana artikel atau syot pantas artikel atau logo di media sosial, mengenai Pesta Filem Hungary 2.0 ini.

Setiap bahan yang ditunjukkan akan melayakkan mereka untuk menebus dua tiket percuma untuk filem yang sama sehingga empat tiket setiap orang berdasarkan “siapa cepat, dia dapat”. Tiket boleh ditebus mulai Isnin, 17 Jun 2019 di GSC Pavilion KL, GSC Gurney Plaza, Penang dan GSC CityOne Megamall, Kuching pada jam 11 pagi dan seterusnya.

Untuk makluman, majlis pelancaran rasmi Pesta Filem Hungary 2.0 akan berlangsung pada 20 Jun 2019 (Khamis) di GSC Pavilion Kuala Lumpur yang akan dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Datuk Mohamaddin bin Ketapi sebagai tetamu kehormat. Majlis ini juga dengan bangganya mengalu-alukan kehadiran Timbalan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Hungary, Dr. Balázs Orbán, yang akan melakukan lawatan rasmi kali pertama ke Malaysia.

Di samping itu, Kedutaan Hungary juga akan menganjurkan pelancaran wilayah di GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang pada 17 Jun dan GSC CityOne Megamall, Kuching pada 4 Julai sebagai salah satu usaha bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menonton filem-filem Hungary.

Di GSC Pavilion, sebanyak empat filem yang merangkumi tiga filem fiksyen dan satu filem muzikal akan ditayangkan sempena Pesta Filem Hungary 2.0.

Filem “Liza, the Fox-Fairy” mengisahkan Liza, seorang jururawat yang mencari cinta. Akibat cemburu, seorang bintang pop Jepun yang sudah lama meninggal dunia menjadikan Liza sebagai pari-pari musang. Setiap lelaki yang meminati Liza akan menemui ajal dalam keadaan yang mengerikan. Berjayakan Liza mengatasi sumpahan tersebut? Filem ini telah memenangi tujuh anugerah, termasuk anugerah filem terbaik César Awards 2019 dan 23 pencalonan, termasuk pengarah terbaik di Silver Lion International Film Festival of Venice.

“The Troupe” pula mengisahkan sekumpulan aktor pelarian yang bertembung dengan seorang askar muda yang dipaksa melarikan diri. Dalam satu pergaduhan, askar tersebut membantu kumpulan itu dan mereka bersama-sama berpindah dari kampung ke kampung sehinggalah ke Budapest menggunakan pedati. Beranggapan bahawa mereka berjaya melarikan diri, sebenarnya terdapat cabaran yang perlu dihadapi termasuk godaan, pertarungan, cinta dan maut, sama ada di atas atau belakang pentas.

Kisah pakar bedah yang hanya mahu bersendirian disampaikan melalui filem “Think of Me”. Apabila mendapat tahu bahawa beliau hanya mempunyai dua bulan untuk hidup, beliau sedar bahawa kesempurnaan kehidupannya tidak mampu mengubah takdir. Memikirkan kebahagiaan orang lain, beliau memutuskan satu-satunya cara untuk mengurangkan kesedihan orang lain semasa kematiannya ialah dengan memisahkan dirinya daripada semua orang.

Filem terakhir “Pappa Pia” ialah sebuah muzikal romantik Hungary terbaharu yang mengisahkan kesepakatan sebuah masyarakat dari segenap lapisan usia yang mengubah sebuah rumah bot kepada pub serba kekurangan untuk menjana pendapatan buat mereka. Di sebalik harapan yang tipis, mereka menggunakan kemahiran muzikal dan kasih sayang untuk menjadikan impian mereka satu kenyataan. Penonton juga akan dihiburkan dengan lagu-lagu lama dan kejutan menarik.

Check Also

ATARASHII GAKKO! Umum Konsert Jelajah UK/EU Dan Asia Part I

ATARASHII GAKKO!, kumpulan vokal dan tarian berpusat di Jepun, akan menggegarkan dunia dengan pengumuman lawatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *