Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016

Buat pertama kalinya Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 yg merupakan pesta lelong buku bahasa melayu terbesar di malaysia bakal di anjurkan dari 21 hingga 30 okt 2016  bertempat di Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3. Sinergi Ilmu Resources Sdn.Bhd dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya merupakan rakan kerjasama bagi Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016.

poster-2

Pesta lelong buku ini menampilkan 50 penerbit terkenal tanah air spt PTS publications , Telaga Biru , Must Read , Ana Muslim , Dubook Press , Institut terjemahan buku malaysia , penerbit jakim dan ramai lagi yg akan menawarkan harga runtuh serendah rm 2 dan rm 5 bagi sebuah buku dan rm 1 utk majalah.Sebanyak 100 buah booth jualan ditawarkan dan pelbagai aktiviti-aktiviti serta pelbagai acara menarik seperti busking , ceramah , diskusi buku , pertandingan selfie , pertandingan mewarna dan juga sessi bersama artis terkenal seperti yatt hamzah dan heliza helmi.

poster-1

Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 juga disasarkan kepada golongan wanita dan mereka-mereka yang mahu berjimat dalam membeli buku. Lebih 50,000 judul buku pelbagai genre bakal dilelong di Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 ini. Lokasi penganjuran yang memiliki kemudahan kawasan letak kereta yang luas, lokasi yang dikenali ramai, kedai makan dan berhampiran dengan Maybank yang dilengkapi dengan mesin ATM yang mencukupi.

Untuk maklumat lanjut pengunjung boleh melayari laman facebook (Pesta Lelong Buku Putrajaya), tweeter dan insta @pestalelongbuku atau sinergiilmu utk mendptkn maklumat lanjut atau menghubungi 0193258285 atau 0193258289. Hastag rasmi untuk Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 adalah #pestalelongbuku dan #dahtakdealasandah .

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *