“Pilih Kasih 3” ~ Lebih Mantap

Merentas dua musim penganjurannya sebelum ini, program realiti yang mengangkat seni lakon sebagai konsep utamanya sudah banyak menghasilkan bintang berbakat dan popular. Yakin dan percaya akan ketandusan wajah baru dengan prinsip untuk memartabatkan industri tanah air, aktor yang juga penerbit drama dan filem popular juga pencetus idea asalnya, Rosyam Nor tidak pernah kenal erti jemu dan lelah untuk mencari bakat-bakat pelapis dunia lakonan tempatan.

Dalam usaha beliau meneruskan kesinambungan legasi pelakon-pelakon tanah air, Rosyam menerusi syarikat produksinya Suhan Movies and Trading Sdn Bhd dan Telekom Malaysia (TM) sekali lagi bekerjasama menerbitkan musim terbaru program pencarian bakat lakonan iaitu Pilih Kasih.

Mengulas tentang pembaharuan yang ditampilkan pada musim ini, Rosyam berkata selain pengenalan sebuah program baru iaitu Zooom Pilih Kasih, Pilih Kasih juga lebih berseri dengan kehadiran dua bintang besar dunia lakonan, Erra Fazira dan Umie Aida yang bertindak sebagai penasihat. “PK  menampilkan beberapa pembaharuan bagi menyuntik elemen segar dan kematangan, seiring dengan usia penerbitannya yang kini mencecah tahun ketiga.

Pilih Kasih tampil lebih segar dengan sebuah program baru iaitu Zooom Pilih Kasih yang menjejaki semula perkembangan semasa bekas-bekas bintang Pilih Kasih dalam dua musim sebelum ini. Bersama personaliti  Eisya Toh selaku pengacara, program sebanyak 12 episod ini akan mula bersiaran pada 28 Januari hingga 14 April depan, pada setiap Sabtu pukul 9 hingga 10 malam di TV2.

Kesemua 16 peserta Pilih Kasih ini akan mendapat bimbingan secara berterusan mengenai selok-belok dunia lakonan daripada dua bintang besar ini menerusi sesi pembelajaran pada setiap minggu. Selain itu, peserta musim juga akan mendapat tunjuk ajar daripada pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima yang akan membimbing dari aspek lakonan drama mingguan dan pementasan teater dan aktivis teater Hamzah Tahir pula mengawasi seni lakon kesemua 16 bintang PK secara terperinci.

Sementara itu, Pentas Pilih Kasih yang menjadi medan penting para peserta mempertaruhkan bakat masing-masing dalam menyampaikan tugasan mingguan yang diberikan akan mula bersiaran pada 5 Februari hingga 15 April depan pada setiap Ahad pukul 9 malam selama dua jam.Masih lagi dipentaskan secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, Pentas Pilih Kasih masih mengekalkan pengacara yang sama, Reza Mohammed.

Selain siaran langsung dan siaran ulangan Pilih Kasih  di saluran TV2 atau saluran 102 di HyppTV, portal gaya hidup TM EveryoneConnects (www.everyoneconnects.net) pula akan menayangkan siaran ulangan secara eksklusif di ruangan Sini Maa.Segala maklumat, profil peserta dan perkembangan semasa berkaitan Pilih Kasih akan dipaparkan menerusi www.everyoneconnects.net. Selain itu, orang ramai juga boleh menyertai peraduan yang dianjurkan di portal berkenaan, semuanya di www.everyoneconnects.net.

Sebagai kesinambungan daripada Pilih Kasih tahun lalu, TM meneruskan penajaannya untuk Anugerah Khas TM iaitu Pelakon Terbaik TM yang akan dianugerahkan kepada peserta pilihan juri berdasarkan bakat, potensi, komitmen dan kesungguhan mereka sepanjang berada dalam Pilih Kasih musim ini. Pemenang anugerah ini akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 dan trofi sumbangan TM.

[nggallery id=41]

 

 

 

Check Also

TIPS: Lokasi Bulan Madu Dan Romantik Di Korea

Mungkin ramai sudah tahu, Pulau Jeju dan Pulau Nami merupakan destinasi menarik untuk di kunjugi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *