PITBULL akan kembali ke Malaysia dengan Climate Change Tour!

Kepada semua peminat pop musik di Malaysia, bersedialah untuk berparti bersama pemenang anugerah Latin grammy dan artist berbakat, Pitbull kerana beliau akan kembali ke Malaysia untuk konsert solonya selepas 4 tahun!

Dianjurkan oleh IME Malaysia, PITBULL Climate Change Tour in Malaysia 2017 akan berlangsung pada 16 Mei 2017, jam 8malam di Sunway Lagoon Surf Beach.

Juga dikenali sebagai Mr.Worldwide (antarabangsa), Pitbull mula dikenali ramai selepas mengeluarkan album pertamanya yang berjudul  M.I.A.M.I pada tahun 2004. Lagu lagu Pitbull seperti “Give Me Everything”, “Timber”, “We Are One (Ola-Ola)” telah menguasai carta carta musik antarabangsa. Bukan itu sahaja, Pitbull telah menjual sebanyak 5 juta album dan 40 juta singles sepanjang kerjaya beliau. Beliau juga telah berkerjasama dengan pelbagai artis popular lain seperti Shakira, Kesha, Usher dan juga Jennifer Lopez.

Kali terakhir Pitbull beraksi di Malaysia adalah pada 4 tahun yang lalu di festival music yang menyaksikan beribu ribu peminat beliau membanjiri tempat tersebut untuk berpesta bersama beliau. Bersedialah untuk melihat konsert Pitbull secara langsung di Malaysia!

Harga tiket konsert PITBULL adalah seperti yang berikut:

RM498 (VIP) dan RM288 (CAT1).

Peminat Pitbull boleh membeli tiket konsert menerusi TicketCharge online di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian hotline + 603-92228811. Tempat lain untuk mebeli tiket konsert adalah seperti outlet tertentu Speedy video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter maklumat di The Mines shopping mall atau 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan) dan juga Blonde Brunette (Penang). Tiket akan mula dijual pada 18 April 2017 mulai jam 11 pagi. Semua harga tiket adalah termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila layari @IMEAsia di Facebook, @IME_Asia di Instagram, @IMEProduction di Twitter, atau @IMEProductions di WeChat.

Hashtag untuk event ini: #PITBULL #ClimateChange #PITBULLinMY

 

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *